CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1923|Reply: 33

[Tempatan] PENGAKUAN. Restoran sebenarnya perlukan pekerja asing

  [Copy link]
Post time 26-10-2021 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Perlu pekerja asing di restoran
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Wujud keperluan untuk kerajaan meneliti kebenaran bagi pekerja asing bekerja di sektor restoran susulan pembukaan semula sektor berkenaan baru-baru ini.

Ini kerana ia memberi kesan kepada pengusaha restoran yang sebelum ini bergantung penuh kepada pekerja asing dalam industri makanan dan minuman sejak beberapa tahun lalu selain menjejaskan pengguna secara tidak langsung.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata, pihaknya mendapat maklum balas secara langsung daripada pemain industri berhubung isu berkenaan.

Katanya, pelbagai inisiatif sudah dibuat bagi memastikan kekosongan pekerja restoran diisi segera pekerja tempatan, namun setakat ini belum menampakkan hasil memuaskan.

"Saya dihubungi beberapa rakan di dalam industri mengenai perkara ini. Pembukaan sektor restoran sudah cukup melegakan, namun timbul pula isu kekurangan pekerja yang mendesak.

"Justeru, bagi mengelakkan lebih banyak isu timbul dan menjejaskan orang ramai, PPMM mengesyorkan agar kerajaan meneliti untuk membenarkan pekerja asing bekerja dengan prosedur operasi standard yang ketat," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya berdepan masalah kekurangan pekerja yang kritikal ketika ini dan ia bertambah teruk selepas pandemik Covid-19.

Katanya, walaupun tawaran sudah dibuat kepada rakyat tempatan, namun sambutan diterima hambar.

"Baru-baru ini kita buat program penyesuaian kerja di Nilai, Negeri Sembilan untuk pekerja tempatan.

"Malangnya tidak ada yang datang. Presma memberi keutamaan kepada pekerja tempatan, tetapi jika begini keadaannya, kami terpaksa mencari alternatif lain," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 26, 2021 @ 5:17pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
What's the big fuss?

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nak buka kedai..tapi tak mampu jaga???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 06:38 PM | Show all posts
cakap ja lah kau nak kerah pekerja asing 12 jam sehari 6 kali seminggu OT tak bayar...

pundek..aku kerja dengan bangla..banyak kali tengok penindasan majikan malaysia buat kepada pekerja2 asing..

dengan rakyat malaysia mana majikan nak kalau setakat kerah 48 jam aja seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Slps tamat pkp harga makanan semakin mahal tokey restoren tamak haloba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2021 08:18 PM | Show all posts
~boolean replied at 26-10-2021 10:38 AM
cakap ja lah kau nak kerah pekerja asing 12 jam sehari 6 kali seminggu OT tak bayar...

pundek..aku  ...

i pernah kerja level kasta rendah gitu .
gaji RM 750 . mmg membohsankan.
nak cuti susah. cuti tak cuti sama je.
kita la delivery. kita la technician.
bos apa bende pun x amik pedulik.
i keja 3 tahun baru i tahu budak 7e gaji lagi tinggi dari I
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-10-2021 08:18 PM
i pernah kerja level kasta rendah gitu .
gaji RM 750 . mmg membohsankan.
nak cuti susah. cuti tak  ...

Kadang kadang ujian TUHAN pada kita itewww yg paling perit and yet believe it or not, we scrape through ....kerana janjiNYA iteww benar....tidak diujihamba2NYA diluar kemampuan masing masing...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
stingercutiepie replied at 26-10-2021 05:52 PM
Bangsa bangsat yg senantiasaperlukan tongkat utk hidup...nak gaji yg besar...working hours yg singka ...

Dah masuk hari ke 4
Aku iklankan ke pelosok imternet
Dan wark2an kat sesapa
Yang aku perlukan pekerja
Tak mahir tk apa tp minat nk belajar..
Tapi bangsa2 kampung yg jenis ada tanah air sendiri hidup tak ada nk bayo itu ini nk lex2
Mak pak pn jenis tk apa ank2 jantanz tk kerja..yelah kerja aku tawarkan ni utk jejanz kekar..yg ado sini nan hado..janji nk dtg byk lak alasan itu begini..sbb tu aku tk sian sikit pn dgn manusia jenis ckp tkde inkam miskin semuanya nk2 gelendangan .org kg lagi kuat propa
Lg kaya  dr  korang
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 26-10-2021 08:18 PM
i pernah kerja level kasta rendah gitu .
gaji RM 750 . mmg membohsankan.
nak cuti susah. cuti tak  ...

i pernah kerja gaji 1k..tolak2 jd rm700 jerr..
cashier lg mahal..pdhl company punya la cantikk gilerr..kalau tgk xcaya gaji staff 1k..i kerja sebulan je la sbb baru grad time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
senang nk amik kesempatan kalau pekerja asing kan..tp org kita mana nak jd waiter ke apa..tuk tuk yg dlm gamuda tu semua lelaki warga asing
kalau food court mana nth aritu..tgk kedai tu melayu tp kan abg warga asing i nmpk yg masak nasi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 26-10-2021 08:38 PM
i pernah kerja gaji 1k..tolak2 jd rm700 jerr..
cashier lg mahal..pdhl company punya la cantikk g ...

Aku engage part timers to walk my ragdoll and british shorthair twice a week....2 hrs every session aku bayar RM750 sebulan....

Kau nak?

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 26-10-2021 08:31 PM
Dah masuk hari ke 4
Aku iklankan ke pelosok imternet
Dan wark2an kat sesapa

I cannot be any further from the truth ttg  bangsa yg hanya mahir hunus keris kehulu kehilir......
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
stingercutiepie replied at 26-10-2021 08:56 PM
I cannot be any further from the truth ttg  bangsa yg hanya mahir hunus keris kehulu kehilir...... ...

Mak aku kalut dok cakap beli je dgn org susah dlm kg ni..mana ada org susah dlm kg ni mak oi..ni kampung diorg ..diorg ada byk tanah dn mcm2 pendapatan wlpn lifestyle diorg non branded stuff ,lepak kat lifestyle cafe etc ..hanya kedai kopi bodo2 jer tp diorg ttp kaya.aku ni baju bajan 4plastik hitam nk bg camtu jer baju elok2 laa sekali 2 pakai sbb pandemik ni tk g memana sgt kan..post kt grp wsp ..senyap masing2 tak ingin pn sbb tu aku tk de hati nak kesian2 kat org.rumah anak yatim pn kaya raya masing2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
stingercutiepie replied at 26-10-2021 08:50 PM
Aku engage part timers to walk my ragdoll and british shorthair twice a week....2 hrs every sessio ...

euww xyah berlagak ngn 750 hengget iteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 26-10-2021 09:26 PM
euww xyah berlagak ngn 750 hengget iteww

Meletakkheun sesuatu ditempatnya....if you think you command higher fees then show me your worth....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 09:44 PM | Show all posts
Jika tiada pekerja asing maka tiada lah restoren tersebut beroperasi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:03 PM | Show all posts
edayildiz replied at 26-10-2021 12:38 PM
i pernah kerja gaji 1k..tolak2 jd rm700 jerr..
cashier lg mahal..pdhl company punya la cantikk g ...

i keje dulu company belaakng rumah je.
kedai pun kecik 600 kaki persegi.
Maulidur rasul , Nuzul quran , yang di pertuan agong birthday
i tak cuti. sebab i sorang je keje situ. macam mana nak cuti ?
dalam surat keje kata masuk pukul 10 pagi
jadahnya pukul 8 pagi dia dah hon hon depan rumah kita
sebab kena ikut dia pasang barang
i dengan tak gosok gigi , tak mandi ,sarung baju apa yang ada
terus gerak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:12 PM | Show all posts
edayildiz replied at 26-10-2021 08:43 PM
senang nk amik kesempatan kalau pekerja asing kan..tp org kita mana nak jd waiter ke apa..tuk tuk yg ...

aku kerja di f&b dan sekarang di retail..tak betul kalau kata orang kita tak mahu kerja waiter/kedai..tempat aku ni 25+ dari 33 non-managerial staff ada tertiary education...kalau ada kerja part-time sentiasa ada budak2 spm/degree apply...

'rakyat kita pemalas' ni cuma propaganda majikan brengsek sebab taknak bayar gaji berpatutan..
kedua, majikan tak boleh 'buli' pekerja tempatan macam mana mereka buat pada pekerja asing yang kebanyakan terikat dengan ejen..nak lari pun tak boleh sebab passport ejen pegang..


cuma budak f&b/retail pun dah ramai pandai2 jadi  tak tahan lama sebab dapat offer kerja pejabat..ini pun antara sebab kenapa payah majikan nak ambil orang kita..kerja tak lama..penat2 train sudahnya berhenti kerja..tapi iya lah, siapa aja nak kerja kalau ada degree tapi gaji 1.2k aja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 10:38 PM | Show all posts
gigahertz replied at 26-10-2021 08:18 PM
i pernah kerja level kasta rendah gitu .
gaji RM 750 . mmg membohsankan.
nak cuti susah. cuti tak  ...

aku pun pernah dulu kerja satu kedai buku ni
gaji ciput betul tp yg best nya working hours mmg flexible
blh ikut suka nak masuk kul berapa sbb department tu kami berdua je
janji kerja siap, cuti pun senang tp sedih lah bila ingat balik gaji lepas tolak apa semua tinggal 650 je





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.123499 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list