CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11800|Reply: 138

[Tempatan] Ramai tak ada/tak continue polisi insurans, takaful. Bajet dah lari

  [Copy link]
Post time 26-10-2021 05:40 PM | Show all posts |Read mode
bernama.com
Kemampuan adalah sebab utama ramai yang tiada perlindungan insurans -- Zurich Malaysia
3-4 minutes

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Kemampuan adalah sebab utama tiada perlindungan walaupun tinjauan yang dijalankan oleh Zurich Malaysia mendapati pandemik telah menyebabkan peningkatan kesedaran tentang keperluan untuk memiliki perlindungan insurans.

Tinjauan Kesan Pandemik terhadap Perlindungan Zurich Malaysia, yang dikendalikan pada akhir Sept 2021 dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua negeri, dengan majoriti responden dalam kumpulan umur 18 hingga 34 tahun (64 peratus), mendedahkan bahawa 84 peratus rakyat Malaysia menyedari akan keperluan dan 62 peratus menyatakan pandemik telah menjejaskan kemampuan mereka untuk mendapatkan perlindungan insurans.

“Namun begitu, peningkatan kesedaran ini tidak diperlihatkan dalam bentuk tindakan kerana 38 peratus rakyat Malaysia masih tidak mempunyai sebarang perlindungan peribadi.

“Daripada 1,201 responden, 62 peratus menyatakan pandemik itu telah menjejaskan kemampuan mereka untuk membeli insurans atau takaful. Lebih membimbangkan, kira-kira 23 peratus atau hampir satu daripada setiap empat rakyat Malaysia tidak mampu mendapatkan perlindungan peribadi,” kata Zurich Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata kekurangan pemahaman dan maklumat, serta persepsi negatif tentang industri insurans turut disebut sebagai beberapa sebab untuk tidak mempunyai pelan insurans atau takaful.

Ketua negara Zurich Malaysia Junior Cho berkata penemuan itu penting untuk industri merumuskan penyelesaian yang berkaitan untuk menangani cabaran pelanggan supaya masa depan yang lebih cerah dapat dibina bersama dan untuk rakyat Malaysia.

“Sebagai satu daripada dua pemain industri di Malaysia yang berlesen untuk menyediakan insurans hayat, insurans am, takaful keluarga dan takaful am, kami ingin membantu memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan yang mencukupi supaya mereka dapat mengekalkan cara hidup mereka,” katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Not everybody can afford insurance.  Insurance premium pulak makin tua makin mahal.  Lepas tu kalau apply and have existing conditions pun either rejected atau mahal, special needs children tak cover.  Kebenda nya.

Why malaysia tak buat macam nhs ke medicare ke?  Lepas tu top up sendiri kalau nak jadi tak la kena bayar banyak sebulan.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena perincikan jugak tak da bajet sebab apa? Ke mana duit dihabiskan? Jgn sbb byk habis kepada hiburan, benda benda bodoh dan tak berfaedah

Kerajaan patut pertimbang untuk benarkan pengeluaran akaun 1 utk bayaran takaful/insuran. Tapi mesti hadkan untuk takaful keluarga/life shj.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 26-10-2021 07:12 PM
Not everybody can afford insurance.  Insurance premium pulak makin tua makin mahal.  Lepas tu kalau  ...

Perkhidmatan kesihatan kerajaan kita pun dah kira terbaik. Pergi ke hospital swasta umpama pilihan atau kes2 emergency. Medical card consider kurang kritikal berbanding life/takaful keluarga. Lebih2 lagi untuk kes spouse yg tak bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:38 PM | Show all posts
ins skang mmg mahai... dh tu setiap 3thn naik premium.. geram aku..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Fatwa Majlis Kebangsaan yg bersidang pd 1976 mengatakan insuran nyawa konvensional adalah haram berikutan mempunyai unsur gharar (ketidaktentuan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skrg tak kisah pasal insuran. Sakit? Hospital kerajaan dgn klinik kesihatan ada. Kdg2 ada yg apply medical card/takaful/insuran ni utk keselesaan jer..dpt room cantik, x perlu tunggu..tp tak semualah kan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Masaalahnya byk sangat polisi yg merapu.
Terlalu byk sampai org pun poning.
Monthly payment mahal tu esp yg bkn stand alone yg ada investment plan sekali siap la 3-5 ratus sebulan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 08:35 AM | Show all posts
sekali naik jejak 20,30 hengget jugak

kena 2,3 anak?

taraf marhaen je pun bukan kayangan

terbabas jugak nak continue pun

org insurans memang la sembang bulan bintang

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
I lah salah sorang tu. Sbb tiba2 naik almost sekali ganda. Kdg2 rasa insurans dkt malaysia ni mcm scam. Melampau2 skrg ni. Tu pasal korang tgk agent insurans punya la kaya raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 26-10-2021 07:44 PM
Org skrg tak kisah pasal insuran. Sakit? Hospital kerajaan dgn klinik kesihatan ada. Kdg2 ada yg app ...

Hospital mana xperlu tggu tu? Swasta pon sama tggu lama jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 27-10-2021 08:35 AM
sekali naik jejak 20,30 hengget jugak

kena 2,3 anak?

I punya sekali naik nak dkt sekali ganda terus x sambung dah. Agent pon dah hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:50 AM | Show all posts
anony-mous replied at 27-10-2021 08:40 AM
I punya sekali naik nak dkt sekali ganda  terus x sambung dah. Agent pon dah hilang.

kan

anak i punya ejen dah bertahun2 berambus

so far admit & claim buat sendiri, smooth je takde hanky panky dr insurans


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 08:56 AM | Show all posts
insuran dah jadi hakmilik mereka yg mampu ... pastu premium asyik naik ... ape2 pi spital gomen jerlah ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh kena buang keje/jobless takkan nak continue bayor lagi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:16 AM | Show all posts
anony-mous replied at 27-10-2021 08:39 AM
Hospital mana xperlu tggu tu? Swasta pon sama tggu lama jugak

hahaha..chuols ckp betul...time2 skrg ni hospital swasta pun penuh......

belum campur yang pakai medical card under company lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2021 09:39 AM | Show all posts
agent memang la kena mengayat supaya kita close deal
komisen dpt sampai 3-4 tahun
kalau dia tgk kita mampu deal yg 1st
nanti dia offer pakej lain pulak utk family


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 27-10-2021 08:39 AM
Hospital mana xperlu tggu tu? Swasta pon sama tggu lama jugak

Tulah..baru ni aku gi gleneagles pun kna tunggu 2 jam baru doc dtg.
Tp dr segi selesa mmg la prebet lg selesa, ekon sejuk2, luas, takde budak2 lari sana sini, tendang kerusi ko...org tak ramai tp still 2 jam jgk kna tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak nak ambik satu takaful utk diri dan family. Ada recomendation korang ke? Yg senang deal dan senang nak tuntut kemudian hari especially jika ada berlaku apa2 dgn aku. Senang jgk anak2 aku nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pro n cons utk standalone life takaful? Selain dr harga lbh murah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.071243 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list