RANAU: Penduduk setempat menerima baik suntikan vaksin dos penggalak yang mula dilancarkan pada 20 Oktober lalu.
Kumpulan petugas barisan hadapan khususnya telah menerima suntikan berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau.
Tinjauan di PPV dewan masyarakat Ranau semalam mendapati ramai penerima hadir terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan mereka yang berisiko tinggi.
Pegawai RELA Ranau, Mairy Yubin berkata, semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
Warga emas Surutinah Duluwansani 82, dari Kampung Libang turut berpendapat yang sama walaupun dirinya baru menerima dos pertama.
"Sekurang-kurangnya saya mampu melindungi diri dan anak-anak serta cucu cicit daripada COVID-19," katanya.
Suntikan dos penggalak adalah amat penting sebagai pengukuh dos kedua demi meningkatkan lagi imuniti dalam badan selepas enam bulan selesai vaksinasi.
utusanborneo.com.my/2021/10/25
|