CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 0

[Sabah] Pertandingan filem pendek China-Sabah ke-4 2021

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:11 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pertandingan Filem Pendek China-Sabah kali ke-4 kembali lagi tahun ini dengan sejumlah RM35,000 hadiah tunai ditawarkan kepada penerbit filem amatur dan profesional yang dapat menonjolkan sebuah cerita menarik berkaitan kerjasama persahabatan di antara China dan Sabah.
Kandungan filem pendek ini tidak terhad hanya kepada usahasama China dan Sabah dalam memerangi COVID-19, tetapi turut merangkumi hubungan rapat antara rakyat Sabah dengan China atau memelihara budaya Cina di Sabah.

Filem ini juga boleh diterbitkan dalam apa juga bentuk genre dan tidak hanya terhad kepada dokumentari, drama dan animasi digital.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Konsul General China di Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

Pertandingan terbuka kepada penduduk Sabah dari semua peringkat umur dan kewarganegaraan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2022.

Bagi memuat turun borang penyertaan, anda boleh melayari https://bit.ly/3n4ehMR atau imbas kod QR dalam artikel ini. Para peserta boleh melayari http://www.facebook.com/chinasabah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini.

Menurut kenyataan penganjur, filem pendek ini boleh dihasilkan atau dirakam menggunakan telefon pintar, kamera, DV atau tablet.

IMBAS: Kod QR yang perlu diimbas oleh para peserta

Filem pendek yang dihantar haruslah tidak melebihi tempoh enam minit, termasuk babak kredit permulaan dan rakaman kredit pengakhiran.

Filem Pendek bolehlah dirakam menggunakan apa juga bahasa. Sari kata Bahasa Inggeris dan Mandarin perlulah disertakan sekiranya bahasa yang digunakan dalam filem berkenaan bukan Bahasa Mandarin.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha KKJA Teo Jinn Jiun (016-8254889) atau Bendahari KKJA, Yvonne Ho (016-8111883) atau emel kepada chinasabahshortfilmcontest@gmail.com.


utusanborneo.com.my/2021/10/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.305097 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list