CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Sabah] Program Malaysia Book Of Records promosi budaya Sabah

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:09 PM | Show all posts |Read mode


TERIMA: Juliah (tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Stanley sempena kunjungan hormat berkenaan.

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Orkestra Muzik Bambu Tamparuli Sabah (OMBAK) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Rumah Yayasan Sabah, di sini hari ini.
Kunjungan hormat oleh ahli majlis tertinggi (AMT) OMBAK itu diketuai Timbalan Presidennya, Stanley Missun.

Antara tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memaklumkan kepada isteri Ketua Menteri mengenai pelaksanaan program untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book Of Records iaitu 'Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance' selama 24 jam, pada 4 November sehingga 5 November ini.

Selain itu juga, untuk menjemput isteri Ketua Menteri sebagai tetamu kehormat majlis berkenaan yang diadakan secara langsung menerusi Facebook.

Juliah turut merakamkan tahniah dan syabas kepada OMBAK atas inisiatif menganjurkan program itu sekali gus untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book Of Records.
“Program ini akan mempamerkan atau mempromosikan budaya kita di Sabah kepada seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Stanley berkata antara pengisian dalam program itu ialah persembahan muzikal bambu, bercerita, memasak dan gurindam.

“Program 'Longest Non-Stop Facebook Live Broadcasting Talent Performance' ini adalah anjuran OMBAK dengan Majlis Belia Sabah, bermula jam 2 petang pada 4 November ini,” katanya.

Turut hadir AMT OMBAK iaitu Wendy Guntarik, Lotipa Kilus, Nazir Daniel dan Anita Adus.


utusanborneo.com.my/2021/10/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.471796 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list