CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 25/10/2021

[Copy link]
Post time 25-10-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode


Sabah rekod 450 kes baharu COVID-19KOTA KINABALU: Sabah terus merekodkan trend penurunan kes baharu COVID-19 dengan hanya 450 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia merupakan rekod kes terendah sejak 16 Julai 2021.

"Hari ini, jumlah daerah yang mencatatkan penurunan kes ialah 16 daerah, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal sebagai mana catatan 24 Oktober 2021.

"Hanya dua daerah melepasi catatan 50 kes dan 19 daerah merekodkan kes dibawah paras 20," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kota Belud dan Ranau kekal menyumbang angka tertinggi catatan baharu jangkitan kes COVID-19 berbanding daerah lain yang mula menunjukkan trend penurunan.

Katanya, hari ini Kota Belud mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes diikuti dengan Ranau sebanyak 54 kes.

"Daripada 450 kes, 266 kes adalah merupakan kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar beberapa hari selepas keputusan saringan tersebut diperolehi," katanya.

Katanya, 96 peratus daripada kes hari ini adalah pesakit-pesakit dalam Kategori 1 dan 2. Manakala bagi Kategori 3, seramai seorang, Kategori 4 seramai tiga orang dan Kategori 5 juga tiga orang. 11 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


utusanborneo.com.my/2021/10/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.544252 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list