CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Hospital Singapura tawar gaji lumayan S$10,000 utk MO, $S5,000 utk jururawat

  [Copy link]
Post time 27-10-2021 01:30 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-10-2021 09:48 PM
Anak2 keligs aku la tu antaranya. Belum grad, dah sepital sana offer kerja. Meka ambik bebudak poi ...

dari dulu lagi mmg singapura buat cara cenggitu... kampeni2 besaq big four kat mesia pun amik bebudak intern high pointer dari ipta.

tapi takkan gaji doktor hartal tak sampai 4k? sedangkan itu gaji deme masa HO... betui ka?
bab gaji2 nih, kalau pi ke singapura, pandai2 la survive. kat sana, ramai jahh doktor mesia keje tapi yg iols tau, deme kebanyakan cainis la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-10-2021 01:30 AM
dari dulu lagi mmg singapura buat cara cenggitu... kampeni2 besaq big four kat mesia pun amik bebu ...

How ironic.....the best of the best talents dari malaysia kita ini made it big there...spore's big names surgeons dan specialists ramai dari kalangan warga kita....termasuk di hospital2 private besar lagi ternama disana yg dikunjungi surprise surprise oleh pembesar pembesar negara kita sendiri....their mount elizabeth , gleneagles, alvernia, etc.....

You see how we have lost our own people's talents to other countries who are willing to match their expertise with good remunerations seswai dgn kelayakan mereka?

Ini yg anak jiran.aku selalu sebut...bila kita raikan kepakaran, kelayakan dgn imbalan yg setimpal bersesuaian pada tempatnya.....nilai agama yaitu meletakkheun sesuatu ditempatnya



Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji menteri ahli parlimen pembantu khas menteri Pm etc etc yang satu sen tak berguna tu kemain mahal...gaji doktor nurse seciput. Selayaknya brain drain ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 10:15 AM | Show all posts
Mungkin tak ramai pegawai perubatan ‘terpikat’ dengan tawaran Singapura
Samuel Chua -
October 27, 2021 8:00 AM

PETALING JAYA: Biarpun mungkin ada yang berminat namun tidak ramai pegawai perubatan (MO) dilihat bersedia ke Singapura untuk bertugas menjaga pesakit Covid-19 di sana, kata pakar perubatan.

Disebabkan berlakunya peningkatan kes Covid-19, sebuah kumpulan hospital baru-baru ini memuat naik mesej di media sosial menawarkan jawatan secara kontrak kepada MO Malaysia untuk bekerja di negara itu.

Selain tawaran gaji yang “cukup menarik”, pengiklan berkata, doktor di negara ini akan dibantu untuk menyiapkan segala dokumentasi diperlukan bagi membolehkan mereka memulakan tugas segera.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, MO yang berminat, perlu meletakkan jawatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu dan tidak boleh kembali berkhidmat semula.

“Mereka yang berhasrat untuk mengikuti latihan kepakaran akan menjejaskan peluang sendiri dengan menerima tawaran ini melainkan mereka merancang untuk meneruskan latihan itu di tempat lain.”

Koh berkata, hanya mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatan wajib selama empat tahun dengan kementerian dan bercadang untuk meninggalkan perkhidmatan awam akan melihatnya sebagai peluang baik untuk bekerja secara sementara di sana.

Pada masa yang sama katanya, mereka boleh memikirkan mengenai kemungkinan untuk berkhidmat dalam sektor perubatan swasta.

“Jika Singapura menawarkan lanjutan kontrak yang boleh diperbaharui, lebih ramai MO kita akan tertarik,” katanya.

“Lebih menarik jika mereka menawarkan program pasca siswazah kepada doktor Malaysia itu. Bagaimanapun ia tidak mungkin berlaku,” katanya yang menambah bahawa isu doktor kontrak harus diselesaikan segera sekiranya kerajaan mahu mengatasi masalah penghijrahan doktor.

Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) Dr Steven Chow turut bersetuju bahawa tidak ramai MO yang akan mempertimbangkan tawaran Singapura itu.

Menurutnya, Malaysia melahirkan “ribuan” doktor setiap tahun dan negara seperti Singapura tidak berupaya untuk menyerap begitu ramai tenaga kerja itu ke dalam sistem mereka.

Katanya, walaupun ia mungkin menawarkan prospek pengembangan kerjaya yang menarik namun sudah tentu kerajaan mereka akan mengutamakan rakyatnya sebelum memberi peluang kepada warga asing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2021 11:08 AM | Show all posts
Fikir manfaat masa depan walaupun tawaran lumayan
Oleh Saadiah Ismail - Oktober 26, 2021 @ 11:42am

KUALA LUMPUR: Doktor atau jururawat yang 'terpikat' dengan tawaran kontrak lumayan dan insentif menarik untuk bekerja di hospital di Singapura, perlu berfikir lebih panjang dalam membuat pertimbangan berhubung perkara itu.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Nor Hayati Abd Rashid, berkata tawaran terbabit mungkin dianggap sebagai 'batu loncatan', namun mereka harus meneliti secara lebih mendalam sama ada ia akan memberi kelebihan ataupun sebaliknya pada masa depan.

Beliau berkata, ia penting walaupun tidak dinafikan tawaran insentif menarik menjadi antara faktor diberi perhatian oleh golongan itu berbanding bekerja dalam sektor awam di negara ini.

"Namun, Kementerian Kesihatan (KKM) banyak memberi peluang mempertingkat ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan untuk menjamin laluan pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Apabila mahu menerima suatu tawaran pekerjaan, teliti terlebih dahulu terma dan syaratnya kerana bimbang ia akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri pada masa depan.

"Jangan terlalu terpesona dengan tawaran lumayan," katanya kepada BH, semalam.

Semalam, BH melaporkan Malaysia bakal 'kehilangan' beratus doktor dan jururawat susulan tindakan beberapa hospital di Singapura menawarkan kontrak lumayan serta insentif menarik untuk mereka bekerja di negara itu.

Tawaran bekerja di rangkaian hospital awam republik itu dikatakan menarik minat ramai doktor dan jururawat negara ini untuk berhijrah, khususnya dalam kalangan mereka yang masih berstatus kontrak ketika ini.

Antara faktor yang mencetuskan minat mereka ialah tawaran gaji hingga mencecah 10 kali ganda berbanding yang diperoleh di negara ini.

Mengulas lanjut, Nor Hayati berpendapat apa yang diberikan kerajaan, sudah cukup baik dari semasa ke semasa.

"Jika difikirkan mengenai hal gaji, ia memang tidak akan pernah habis kerana semua orang menginginkan gaji lumayan.

"Bagaimanapun mungkin kerajaan perlu melakukan perubahan dengan lebih baik, seperti memberi peluang sama rata kepada doktor atau jururawat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran masing-masing.

"Jururawat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melanjutkan pelajaran, kerana mereka akan kurang motivasi. Pada masa sama, banyakkan lagi institusi untuk golongan ini menyambung pelajaran mereka," katanya.

Sementara itu pegawai perubatan berstatus kontrak, Dr Noor Hanis Humaira Othman, berpendapat ramai dalam kalangan doktor kontrak berkemungkinan akan merebut peluang berkenaan.

Beliau mendakwa, rata-rata mereka seperti putus asa apabila melihat seolah-olah tiada tindakan lanjut kerajaan dalam usaha memastikan pekerjaan mereka selamat dan mendapat kelebihan sebagaimana dimiliki doktor berstatus tetap.

"Ketika pandemik COVID-19, doktor kontrak dikerah bekerja sehabis daya. Hingga kini, kami masih berjuang untuk memastikan kami diserap ke dalam jawatan tetap.

"Namun bagi saya yang melanjutkan pelajaran di dalam negara dan sebagai rakyat Malaysia, saya tetap ingin berkhidmat kepada negara," katanya yang mula bertugas sebagai doktor kontrak pada 2018.

Dr Noor Hanis Humaira berkata, kerajaan wajar menawarkan jawatan tetap secara berperingkat kepada doktor kontrak bagi mengelakkan mereka berasa tidak dihargai.

"Boleh difahami apabila dikatakan terdapat lambakan doktor di negara ini. Namun bagi saya, jika doktor kontrak diberi keistimewaan seperti doktor tetap juga sudah memadai.

"Semua doktor ingin melanjutkan pelajaran tetapi kami tiada hak istimewa itu. Namun apabila pandemik melanda, tenaga kami dikerah sehabis mungkin," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje overseas sometimes boleh bagi good salary... sometimes tak berbaloi langsung pun dgn pay tu.. dgn sacrifice berjauhan ngn family (single package) berjauhan dgn parents yang dah tua... not worth it.. just some things to consider laaa before making big decision like this
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2021 11:35 AM | Show all posts
malaysia ni mmg ketinggalan serba serbi ke dgn singaporn??..pandai betul kan parti PAP govern negara dorg sampai advance dlm serba serbi  jauh bertiang tinggal msia dlm segala aspek,  padahal dulu sama2 je kena jajah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-10-2021 11:31 AM
Keje overseas sometimes boleh bagi good salary... sometimes tak berbaloi langsung pun dgn pay tu.. d ...

Macam la anak berdozen....baru seketul pun...nak masuk kedua tercungap cungap....laki dah boleh dikira....creet tak jadi creet tak jadi...

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-10-2021 11:35 AM
malaysia ni mmg ketinggalan serba serbi ke dgn singaporn??..pandai betul kan parti PAP govern negara ...

Takut muflis kalau bayar rakyat competitive wages...

Tapi Peruntukan rasuah utk tembolok masing masing takpa...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 27-10-2021 11:08 AM
Fikir manfaat masa depan walaupun tawaran lumayan
Oleh Saadiah Ismail - Oktober 26, 2021 @ 11:42am


Jgn takut la ...yg pergi kesana iteww people with brains...bukan jenis spesis terjun lombong.....sometimes most of them are even hand picked by the government of spore....to do service/work there.....to add value to the existing work force....and provide healthy work environment and competitions that will only results in good output and productivity....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:24 PM | Show all posts
stingerchubby replied at 27-10-2021 12:01 PM
Takut muflis kalau bayar rakyat competitive wages...

Tapi Peruntukan rasuah utk tembolok masing m ...

takde melayu merempat di negara diperintah cina singapok

tapi berjuta melayu merempat di Msia yg diperintah umno 70tahun.

so,no wonderlah melayu2 singaporn bersyukur x lahir di malaysia khuenn..


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 27-10-2021 12:24 PM
takde melayu merempat di negara diperintah cina singapok

tapi berjuta melayu merempat di Msia yg  ...

Yup matawang besar....nak buat savings dapat masuk malaysia isi minyak sampai tonggengkhen keta....pegerai pegerai sembah rakyat  sporn yg masuk kerna berbelanja kheunz? Beli rumah dipersisiran johore in cash...rakyat kita hanya salivate kerna tak mampoo kheunz?

Banyak lagi la....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-10-2021 11:34 AM
stingerchubby replied at 27-10-2021 12:33 PM
Yup matawang besar....nak buat savings dapat masuk malaysia isi minyak sampai tonggengkhen keta... ...

Bertuah jadi ummah singapo,wlpun negara kecik tapi diperintah PM dan menteri2 yg genius.






Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
x yah g ereb dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 27-10-2021 01:55 PM
x yah g ereb dah

Agreed... you can even stay put in this malaysialand selagi boleh baruakheunz isteri utk keluar bekerja....

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:52 PM | Show all posts
tripleid replied at 27-10-2021 12:24 PM
takde melayu merempat di negara diperintah cina singapok

tapi berjuta melayu merempat di Msia yg  ...

well said, kesian juga la yg merana sebab pemimpin gila kuasa and wang... tapi hairan...yg menyokong/undi tu...tak nampak ke semua tu..pening i pikir tang ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Drpd keje kat ereb saudi sana baik gi singapore je ..dekat sket.rasa2 rindu dgn family ke,pi la balik msia sat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat lain hujan emas. Pergi jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 01:21 AM | Show all posts
Sekarang ni ramai yg gi Saudi terutama jururawat Malaysia, tetapi disebabkan jururawat bertudung dibenarkan bertugas di S'pura, kemungkinan akan berbondong2 jururawat Malaysia yg akan beralih arah ke S'pura............
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 11:31 AM | Show all posts
mandear11 replied at 27-10-2021 11:52 PM
well said, kesian juga la yg merana sebab pemimpin gila kuasa and wang... tapi hairan...yg menyoko ...

truths hurt kekdahnya..tapi melayu ramai yg x sedar2 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066728 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list