CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4195|Reply: 71

[Tempatan] Hospital Singapura tawar gaji lumayan S$10,000 utk MO, $S5,000 utk jururawat

  [Copy link]
Post time 25-10-2021 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Doktor kita dipikat tawaran lumayan hospital Singapura
Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 25, 2021 @ 2:39pm

JOHOR BAHRU: Malaysia bakal 'kehilangan' beratus doktor serta jurururawat berikutan tindakan beberapa hospital di Singapura menawarkan kontrak lumayan dan insentif menarik untuk mereka bekerja di negara itu.

Tawaran bekerja di rangkaian hospital awam republik itu dikatakan menarik minat ramai doktor dan jururawat negara ini untuk berhijrah, khususnya dalam kalangan mereka yang masih berstatus kontrak ketika ini.

Antara faktor yang mencetuskan minat mereka ialah tawaran gaji sehingga mencecah 10 kali ganda berbanding gaji yang diperoleh di negara ini.

Selain itu, majikan di negara jiran terbabit menawarkan bantuan dari segi dokumentasi seperti kuarantin, permit kerja dan proses imigresen serta lesen daripada Lembaga Perubatan Singapura (SMC) bagi membolehkan mereka memulakan tugas dengan segera.

Hospital di Singapura dilaporkan berminat mendapatkan khidmat doktor berpengalaman dan jururawat terlatih, khususnya yang bertugas menjaga pesakit COVID-19 di wad ICU susulan peningkatan kes COVID-19 di negara seberang Tambak Johor itu.

Pakar anestesiologi sebuah hospital swasta, di sini, Dr Mafeitzeral Mamat, berkata sebuah syarikat kesihatan swasta serantau yang berperanan seperti agensi pencari kerja, sedang giat menawarkan tempat kepada doktor dan jururawat di negara ini untuk bekerja di Singapura.

Dr Mafeitzeral yang sebelum ini pernah menjadi doktor sukarelawan di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor, berkata tawaran yang dibuat syarikat berkenaan adalah susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Singapura sehingga menjejaskan sistem kesihatan republik itu yang mempunyai tenaga kerja terhad.

Bagaimanapun, beliau bimbang keadaan itu boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan kesihatan di dalam negara sekiranya kerajaan tidak melakukan sesuatu.

"Tawaran terbuka yang dibuat syarikat kesihatan swasta itu sememang menjadi perbualan dalam kalangan pengamal perubatan tempatan. Malah, hospital di tempat saya bertugas juga sudah ramai doktor dan jururawat terlatih yang menyahut tawaran lumayan itu.

"Yang pasti, doktor kita yang berpengalaman menjaga pesakit COVID-19 di ICU Malaysia akan dapat keutamaan untuk bekerja di Singapura.

"Di Malaysia, doktor yang bertugas di ICU pun tak ramai dan tentunya dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan sistem kesihatan negara," katanya kepada BH.

Beliau berkata, adalah satu bentuk kerugian kerana pegawai perubatan di ICU sememangnya dalam kalangan pekerja yang terbaik.

"Jika tawaran dari Singapura ini memang lebih baik daripada apa yang ditawarkan di dalam negara, ia seperti the best offer for the best people. Jadi rugilah kalau tawaran yang lumayan dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Difahamkan, beberapa minggu kebelakangan ini syarikat perubatan yang mewakili hospital di Singapura menggunakan media sosial mengiklankan tawaran kepada doktor di negara ini untuk berkhidmat di rangkaian hospital awam di republik itu.

Antara syarat yang ditetapkan, doktor atau jururawat perlu mempunyai pengalaman perkhidmatan sekurang-kurangnya tiga tahun.

Sebagai contoh, doktor atau pegawai perubatan (MO) dari Malaysia ditawarkan gaji S$10,000 (RM30,786) sebulan, manakala jururawat pula antara $2,500 (RM7,696) hingga $S5,000 (RM15,393) sebulan, bergantung kepada pengalaman mereka.

Tawaran ini jauh lebih tinggi berbanding gaji MO berstatus kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KMM).

MO kontrak di bawah gred gaji UD41 dilaporkan memperoleh pendapatan RM3,100 sebulan, berbanding kakitangan tetap yang memperoleh RM3,700 di bawah Gred UD44.

Gaji doktor perubatan atau terma rasminya 'Pegawai Perubatan' diletakkan bermula dalam gred penjawat awam UD41, memerlukan seseorang itu mempunyai kelulusan pendidikan ijazah sarjana muda perubatan.

Untuk doktor baru graduasi, mereka akan menerima gaji minimum RM2,947, belum termasuk elaun. Mereka menerima lima elaun iaitu elaun perumahan, elaun tetap, kritikal, COLA dan elaun on-call, yang mampu memberikan pendapatan doktor Gred UD41 sebanyak RM4,547 sebulan.

Bagi jawatan pembantu pegawai perubatan dan jururawat pula, kedua-dua jawatan ini mempunyai dua kategori tangga gaji, antara Gred U29 ke Gred U36, yang memerlukan kelulusan diploma atau Gred U41, khusus untuk pemegang ijazah.

Gaji minimum yang diterima mereka bermula pada tahap RM1,797 untuk Gred U29, dengan elaun perumahan dan elaun tetap, menjadikan jumlah minimum semuanya RM2,257.

Sementara itu, seorang doktor kontrak yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Kay turut mengakui sejak minggu lalu beberapa rakannya yang juga doktor di beberapa hospital awam memperoleh tawaran bekerja di Singapura yang diberikan melalui mesej di media sosial.

Dr Kay yang bertugas di sebuah hospital kerajaan berkata, tawaran kontrak lumayan untuk berkhidmat di hospital di Singapura selama enam bulan itu memang menjadi isu hangat terutama dalam kalangan doktor kontrak.

"Ramai doktor khususnya doktor kontrak yang bersedia menerima tawaran itu, namun ada juga yang lebih memikirkan perjalanan kerjaya mereka selepas tamat kontrak enam bulan di republik itu.

"Ini kerana jika mereka menerimanya, bermakna selepas itu mereka tidak boleh kembali ke sektor awam dan terlepas peluang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

"Namun, jika tawaran itu ada jaminan kukuh, seperti diserapkan ke perkhidmatan tetap di sektor kesihatan Singapura, maka lebih ramai lagi doktor terutama doktor kontrak akan beralih ke republik itu.

"Jika ini berlaku, sudah tentu sektor kesihatan Malaysia akan terkesan kerana ramai doktor yang berpengalaman, termasuk doktor kontrak akan berhijrah mencari peluang baharu yang lebih stabil," katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya ramai doktor kontrak menantikan kenyataan daripada KKM, sama ada mereka tidak mahu kehilangan doktor dan doktor kontrak berpengalaman ke republik itu atau sebaliknya.

Kaji tawar peluang kerja menarik kepada doktor

Kementerian Kesihatan (KKM) diminta mengkaji pendekatan lebih menyeluruh untuk memberi peluang kerja lebih menarik yang diperlukan oleh pegawai perubatan di negara ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai, berkata langkah itu bagi mengelakkan penghijrahan pegawai perubatan berkualiti dan berpengalaman sehingga menjejaskan sektor kesihatan negara.

"KKM harus memastikan tidak berlaku penghijrahan besar pegawai perubatan berkualiti, yang akhirnya akan menjejaskan kualiti sistem kesihatan negara," katanya.

Beliau mengulas tawaran lumayan sektor kesihatan Singapura kepada pegawai (MO) dan jururawat negara ini untuk bekerja di negara itu.

Beberapa doktor di negara ini mendedahkan pegawai perubatan dan jururawat berpengalaman di negara ini ketika ini ditawarkan untuk berkhidmat secara kontrak di rangkaian hospital awam republik itu, susulan peningkatan kes COVID-19 di negara seberang Tambak Johor itu.

Dr Kar Chai tidak menolak kemungkinan pegawai perubatan yang kini masih bertugas di KKM akan mengambil kesempatan untuk menerima tawaran berkenaan, namun tidak dapat dipastikan berapa ramai MO yang akan mengambil tindakan demikian.

"Setiap pegawai perubatan ada hak untuk membuat pilihan sendiri. Untuk menerima tawaran ini, pegawai perubatan yang berkenaan harus meletak jawatan dahulu daripada KKM.

"Selepas meninggalkan KKM, doktor itu tidak ada peluang lagi untuk bekerja semula di KKM. Cita-cita untuk melanjutkan pembelajaran kepakaran pun akan terjejas kecuali doktor itu memang berniat untuk melanjutkan pembelajaran di negara asing.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan yang tamat kontrak di KKM mungkin akan ambil peluang ini untuk bekerja di Singapura, sementara menunggu untuk mencapai hasrat mereka yang tertentu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerchubby at 25-10-2021 03:08 PM

The very good brains semua bakal lari ...yg tinggal menteri menteri pasola pasir berdengung....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak blah, blah jela. Jadi pakar non functional pon buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 25-10-2021 03:12 PM
Nak blah, blah jela. Jadi pakar non functional pon buat apa

Wow...pakar yg non functional.....?

Tak macam DG kita disini kheunz? Pakar multifunctionals....

Kahkahkahkahkajkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerchubby replied at 25-10-2021 03:25 PM
Wow...pakar yg non functional.....?

Tak macam DG kita disini kheunz? Pakar multifunctionals....

Skrg doc pakar dkt malaysia semua da jadi multi pakar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 25-10-2021 03:38 PM
Skrg doc pakar dkt malaysia semua da jadi multi pakar

Termasuk kepakaran memanupulativekhen data pastinya?



kahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2021 07:49 PM | Show all posts
MONEY IS KING...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mandear11 replied at 26-10-2021 07:49 PM
MONEY IS KING...

Bukan soal money is king...tapi lebih pada hakikat meletakkheun sesuatu iteww ditempatnya...bukan keww ini juga antara nilai dlm beragama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sbar tggu org malaysia kena bayar mahal utl dptkan rawatan ksihatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat UMS, bebudak course degree nursing memang hospital private Singaporn tarik best students dari sana huntok keja dengan deme.

Bebudak medik tak pasti lak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji doktor gomen tempatan memang sial ya. Fact.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 08:40 PM | Show all posts
dulu nk keje gaji lumayan, gi saudi. now ke singapore. what to do? duit itu satu keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:09 PM | Show all posts
stingercutiepie replied at 26-10-2021 07:54 PM
Bukan soal money is king...tapi lebih pada hakikat meletakkheun sesuatu iteww ditempatnya...bukan  ...

saya keje di singapore....alhamdullilah....tak mau ckp apa2..dia bayar gaji lumayan..kalau rasa berbaloi silakan...end of the day anda kerja untuk cari duit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:10 PM | Show all posts
missus_meow replied at 26-10-2021 08:40 PM
dulu nk keje gaji lumayan, gi saudi. now ke singapore. what to do? duit itu satu keperluan.

kan kan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:12 PM | Show all posts
chazey replied at 26-10-2021 08:34 PM
Kat UMS, bebudak course degree nursing memang hospital private Singaporn tarik best students dari sa ...

sini banyak misi dari malaysia...lebih2 lagi dari sabah n swak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Silakan budak2 hartal haritu silakan. Tak payah nak main ugut2 hartal lagi kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mandear11 replied at 26-10-2021 09:09 PM
saya keje di singapore....alhamdullilah....tak mau ckp apa2..dia bayar gaji lumayan..kalau rasa be ...

Meletakkheun, menghargai, mengiktiraf serta meraikan kemahiran serta kelayakan dikedudukan yg lebih BERMARUAH ..diatas landasan yg seharusnya

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mandear11 replied at 26-10-2021 09:12 PM
sini banyak misi dari malaysia...lebih2 lagi dari sabah n swak...

Anak2 keligs aku la tu antaranya. Belum grad, dah sepital sana offer kerja. Meka ambik bebudak pointer cemerlang saja. Pandai kan Singaporn.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:49 PM | Show all posts
Sememangnya gaji yang ditawarkan agak lumayan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 doktor yg nk jd pakar tu, tolong la biar ade perjanjian dgn kerajaan kalau nk belah dr KKM kena bayar pampasan RM 20juta ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.296178 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list