CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 0

[Sabah] Trak Vaksinasi Covid-19 Bantu Penduduk Sandakan Terima Suntikan

  [Copy link]
Post time 24-10-2021 08:54 PM | Show all posts |Read mode


Pengurus Besar Kumpulan CepatWawasan Bhd P. Maniam (kanan) menyerahkan replika kunci kenderaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Klinik Bergerak kepada Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr. Johari Awang Besar (dua, kiri) pada majlis penyerahan kenderaan itu di Klinik Kesihatan Sandakan hari ini. Turut sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Asits Sanna (dua, kanan). Kumpulan Cepatwawasan Bhd hari ini menyumbangkan sebuah kenderaan yang telah diubah suai untuk dijadikan sebagai PPV dan Klinik Bergerak untuk memudahkan proses vaksinasi terutama di kawasan yang sukar dihubungi. – FOTO BERNAMA

SANDAKAN, 23 Okt : Penduduk Sandakan yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana kekangan kenderaan khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpecil serta ladang kini tidak perlu risau kerana boleh memanfaatkan kemudahan trak vaksinasi.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata trak vaksinasi itu akan digerakkan menerusi Projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) ke kawasan ladang serta kampung bagi menjejak penduduk yang belum divaksin.


Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr. Johari Awang Besar (tengah) menerangkan peralatan yang terdapat di dalam kenderaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Klinik Bergerak yang baru diterima kepada Timbalan Pengaran Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Asits Sanna (dua, kanan) dan Pengurus Besar Kumpulan Cepatwawasan Bhd P. Maniam (kiri) di Klinik Kesihatan Sandakan hari ini. – FOTO BERNAMA

“Menerusi RAVO, selain vaksinasi rumah ke rumah, pemberian vaksin COVID-19 juga akan dilakukan dalam trak ini.

“Selepas RAVO ini, trak vaksinasi sumbangan syarikat CepatWawasan Group Bhd itu akan ditempatkan di Klinik Kesihatan Gum Gum,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan trak itu oleh Pengurus Besar CepatWawasan Group Bhd P.Maniam kepada Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar.

Dr Asits berkata kebanyakan penduduk yang belum divaksinasi adalah warga emas yang uzur, orang kurang upaya serta mengalami kekangan pergerakan untuk ke pusat pemberian vaksin disebabkan tiada kenderaan.

Dalam pada itu,  Dr Asits berkata individu yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 dan mempunyai pertanyaan boleh menghubungi hotline Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di talian 0196051196.

“Golongan antivaksin juga boleh menghubungi talian hotline disediakan dan kami sedia membantu memberi penerangan kebaikan vaksin kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Maniam berkata sumbangan trak berkenaan merupakan satu daripada inisiatif syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam meningkatkan vaksinasi penduduk di kawasan pedalaman.

“Sandakan dipilih untuk menerima trak ini kerana mengambil maklum jarak kawasan pedalaman dan kawasan ladang-ladang sawit yang sukar dilalui dan adanya trak ini, ia dapat memudahkan mereka seterusnya mempercepatkan capaian vaksinasi penduduk,” katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/10/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.493405 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list