CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 2

[Sabah] Kanak-kanak dikhuatiri lemas ditemui

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-10-2021 12:48 PM

Kanak-kanak tiga tahun jatuh dari jambatan dikhuatiri lemas

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di sekitar kawasan Sungai Tawau.

TAWAU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan di Kampung Jawa Lanut, di sini kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak yang berumur tiga tahun itu tergelincir jatuh ke Sungai Tawau kira-kira jam 2.30 petang, namun sehingga kini masih gagal ditemui.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan SAR termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi kanak-kanak itu jatuh,” katanya.

Menurutnya, pasukan SAR masih gagal mengesan mangsa dan terpaksa menangguhkan operasi itu kira-kira jam 6.05 petang.

“Usaha mencari akan disambung hari ini (Ahad) dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/24


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2021 08:45 PM | Show all posts



DITEMUKAN: Mayat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas ditemukan 600 meter dari lokasi mangsa jatuh.

TAWAU: Pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan tergelincir jatuh ke dalam Sungai Tawau Kampung Jawa Lanut, di sini berakhir apabila ditemukan lemas, pagi tadi.
Mayat Mohd Alif Amuddin, 3, ditemukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama penduduk kampung kira-kira jam 8.19 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jasad kanak-kanak berkenaan ditemui pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa jatuh.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi, sebaik proses pengecaman mayat daripada ahli keluarga mangsa dilakukan,” katanya.

Terdahulu, kanak-kanak terbabit dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan di Kampung Jawa Lanut, di sini kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu.

Sebaik panggilan kecemasan diterima, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pasukan SAR termasuk PDRM menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi kanak-kanak berkenaan jatuh.


utusanborneo.com.my/2021/10/24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 10:27 AM | Show all posts
Ada sesetengah tempat, sungai merupakan laluan utama atau pengangkutan utama setiap hari jadi sukar untuk mengelak kejadian begini.

Masalahnya ada ibu bapa yang dah tahu sekarang musim hijan, ribut dan banjir tetapi masih nak bawa anak anak berkelah ke sungai, laut dan tasik.

Lepas tu biarkan anak anak bermain, mak bapak sibuk dengan henpon ditangan. Sibuk berselfie, anak anak dah tenggelam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.300292 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list