CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

[Sabah] Aplikasi kreativiti mengikut trend terkini : Rahmah

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:35 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pandemik COVID-19 nyata banyak memberi kesan terutama dari segi pengurusan ekonomi dan kewangan rumah tangga, tidak kira bagi mereka yang berkeluarga mahupun bekerja sendiri.

Namun, menurut usahawan fesyen Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan (gambar), usahawan masih mampu untuk menghasilkan pendapatan dengan kreativiti dan trend semasa.

"Keadaan semasa memang mencabar bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, namun jika kita mengalah dan tidak berdepan risiko dari dugaan ini, pasti kita akan lebih awal tewas sebelum mula bertarung dalam 'persaingan' ini.

"Pastinya kunci untuk terus bertahan adalah mengaplikasikan kreativiti yang ada, berdasarkan trend semasa yang terkini, misalnya berniaga secara dalam talian, manfaatkan teknologi, untuk memastikan segala hasil jualan kita mampu sampai kepada pelanggan dan bakal pelanggan," katanya.

Jelas Rahmah, usahawan wanita khasnya yang memasarkan produk fesyen seperti pakaian dan tudung, pastinya terkesan namun usaha keras wajar ada dalam diri setiap usahawan.

"Mencabar untuk usahawan fesyen, apabila musim pandemik COVID-19, namun kita bersyukur kerana sekarang kita sudah divaksin, hampir kesemua rakyat negara kita yang sudah di vaksin.

"Alhamdulillah, perniagaan dan lain-lain sektor mulai dibuka dan perlahan-lahan ekonomi kita nampaknya semakin beransur pulih dan baik.

"Ini adalah petanda yang baik untuk usahawan wanita di luar sana dan saya sendiri memanfaatkan saat ini untuk mempromosikan lagi produk saya iaitu Tudung Nur Rahmah Hijab (Cahaya Kasih) yang mana saya mula jual sejak Januari tahun ini dan hingga Oktober, saya telah berjaya menjual sebanyak lebih lima ribu helai tudung tersebut, daripada 20 koleksi, alhamdulillah," katanya lagi.

Tambah Rahmah lagi, kerjaya sebagai usahawan adalah satu kerjaya yang memerlukan kesabaran, keyakinan dan tekad azam yang tinggi.

"Dari mula bertapak iaitu pada tahun 2001, saya memang sudah menjangkakan cabaran dan dugaan yang bakal dialami sebagai usahawan dan saya menjadikan kesemua itu sebagai kekuatan dan batu loncatan untuk saya kekal bertahan.

"Sesungguhnya kita di Malaysia adalah bertuah kerana kita dapat menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dengan mudah, kerana Kerajaan kita turut menyediakan pelbagai platform untuk usahawan baharu memperoleh ilmu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang bakal dijalankan, selain daripada penyediaan dana dan pinjaman yang amat-amat membantu peniaga kecil yang mahu mul berkecimpung dalam bidang keusahawanan," tambahnya lagi.

Nur Rahmah Hijab (Cahaya Kasih) dijangka akan mengadakan preview koleksi terbaharu pada 30 Oktober akan datang di Magellan Sutera dan majlis pelancaran itu akan dilancarkan oleh isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag.

Selain itu, Nur Rahmah Hijab juga akan menyertai Expo Dunia 2021 di Dubai pada 19 Disember hingga 25 Disember akan datang bersama 15 krew lain dari Sabah.

"Buat kali pertama dalam sejarah Ekspo Dunia, setiap negara yang mengambil bahagian akan mempunyai pavilionnya sendiri dan saya pasti akan menikmati dan kongsikan pengalaman yang akan saya timba kelak semasa saya mengikuti acara tersebut.

"Saya akan membawa koleksi tudung eksklusif sebanyak 2,600 helai dan juga koleksi baju Abaya sebanyak 55 helai kerana selain daripada membawa fesyen muslimah di persada dunia, saya juga ingin menonjolkan skill keusahawana tempatan kita di persada dunia," ujar beliau lagi.

Bagi mengikuti perkembangan lanjut Nur Rahmah Hijab (Cahaya Kasih), anda boleh melayari laman sesawang Facebook jhan Jkhan dan instagram Jkhan Fashion.

Nur Rahman Hijab (Cahaya Kasih) beroperasi di Blok B, B11-1, Tingkat 1, KK Times Square (017-2171780).


utusanborneo.com.my/2021/10/24

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list