CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 24/10/2021

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-10-2021 01:50 PM



502 kes baharu, 17 daerah rekod penurunan kes
KOTA KINABALU: Sebanyak 502 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini dengan 17 daerah mencatatkan penurunan kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak lapan daerah merekodkan pertambahan kes sementara jumlah kes di dua daerah iaitu Kunak dan Tongod tidak berubah.

Menurutnya, daerah Ranau dan Keningau merekodkan peningkatan dua kali ganda berbanding semalam dan Ranau satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jumlah kes melepasi angka 50 kes.

"Sebanyak 223 kes adalah kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui dan ini bermakna hanya 279 kes atau 55.6 peratus kes berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Kelonggaran pelbagai sekatan serta tahap pematuhan prosedur oeprasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat yang semakin menurun kemungkinan besar menyumbang kepada kes-kes bergejala atau kes sporadik yang tinggi.

"Keghairahan untuk kembali kepada gaya hidup sebelum pandemik membawa kepada sikap sambil lewa atau lalai dalam pematuhan semua SOP semasa bersosial, di tempat kerja dan di khalayak ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 502 kes hari ini, hampir 97 peratus adalah kes dalam kategori satu dan dua, manakala jumlah kes dalam kategori tiga, empat dan lima yang memerlukan rawatan di hospital atau unit rawatan rapi (ICU) adalah rendah.


utusanborneo.com.my/2021/10/24








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.426962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list