CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 2

Chelsea berkenduri gol di Stamford Bridge

[Copy link]
Post time 24-10-2021 07:26 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Biarpun beraksi tanpa penyerang utama, Romelu Lukaku, namun ia tidak menghalang Chelsea untuk berpesta gol membelasah Norwich City 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge sebentar tadi.

Kemenangan itu melebarkan penguasaan The Blues di persada liga sekali gus membuktikan status mereka sebagai pencabar utama dalam perebutan  kejuaraan EPL musim ini.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Mason Mount sebelum Callum Hudson-Odoi menggandakan kedudukan berselang 10 minit kemudian.

Juara Eropah itu memastikan kedudukan selesa 3-0 sebelum tamat babak pertama menerusi gerakan cantik yang disudahkan Reece James pada minit ke-42.

Bersambung separuh masa kedua, Chelsea terus menguasai permainan dengan jaringan keempat melalui Ben Chilwell (m-57) sebelum pemain pertahanan Norwich, Max Aarons menjaringkan gol sendiri pada minit ke-62.

Malang terus menimpa Norwich apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ben Gibson diarahkan keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-65.

Mount membuktikan kelas tersendiri apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-85 dan 91 untuk merakam hatriknya dalam perlawanan itu sekali gus memastikan Chelsea menamatkan aksi dengan keputusan 7-0. – K!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2021 07:28 AM | Show all posts

MOUNT (tengah) muncul wira Chelsea apabila meledak hatrik ketika membelasah Norwich 7-0 di Stamford Bridge sebentar tadi. - PREMIER LEAGUE
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 12:19 PM | Show all posts
terbaik chelsea...tp aku ttp arsenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.544845 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list