CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 1

[Sabah] Orang ramai diharap tidak sebar mengenai vaksin dos penggalak

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai diharap tidak sebar spekulasi dan berita palsu mengenai vaksin dos penggalak


KENINGAU: Orang ramai terutama golongan anti vaksin diharap tidak membuat sebarang spekulasi dan berita palsu berkenaan pemberian vaksin dos penggalak yang mula diberikan di negeri ini.

Naib Ketua Armada BERSATU Sabah, Rafie Robert (gambar) berkata, seruan tersebut adalah bagi membantu memudahkan petugas barisan hadapan serta memastikan kelancaran urusan pemberian Vaksin Dos Penggalak.

Beliau yang juga Ketua Armada BERSATU Bahagian Keningau berkata, golongan berhaluan kiri itu diharap tidak mempengaruhi orang lain dengan pandangan dan pendapat peribadi mereka, kerana ianya mampu memperlahankan usaha kerajaan untuk memulihkan negara melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Mereka akan sering muncul dengan sudut pandangan yang negatif dan mencari sumber untuk menyokong kenyataan negatif mereka tersebut dan menafikan kenyataan yang benar.

"Golongan anti vaksin ini bukan hanya ada di negara ini tetapi juga terdapat di seluruh dunia tanpa mengira agama dan kaum khususnya negara yang mengamalkan kebebasan bersuara.

"Oleh itu, diharapkan dengan bermulanya usaha pemberian dos penggalak di negeri ini, golongan ini tidak muncul dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, spekulasi dan berita palsu," jelasnya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu bermula pada Rabu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah menjadi individu pertama menerima dos penggalak di negeri ini, dan seterusnya bermulanya usaha pemberian dos penggalak kepada masyarakat negeri ini.

Seperti yang dimaklumkan, seramai 253,953 orang individu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko layak menerima dos penggalak di Sabah.

Dos penggalak tersebut diberi secara percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan ia akan diperluaskan kepada individu yang secara sukarela ingin mengambil dos penggalak dengan syarat mereka mesti lengkap divaksin atau pemberian dos kedua sudah lebih enam bulan.

Pada masa kini juga Kementerian Kesihatan memberi keutamaan pemberian vaksin itu kepada penerima vaksin Pfizer-BioNTeach atau Comirnaty.

Walaupun, pengambilan dos penggalak itu juga adalah cuma pilihan namun, ia sangat digalakkan bagi memastikan penerimanya mendapat perlindungan optimum.


utusanborneo.com.my/2021/10/23


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2021 12:54 PM | Show all posts
KKm sila wajibkan troslah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.188592 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list