CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 927|Reply: 1

[Sabah] 193 rakyat Indonesia dihantar pulang ke negara asal

[Copy link]
Post time 23-10-2021 08:44 PM | Show all posts |Read mode


HANTAR PULANG: Wakil Pejabat KRI Tawau, memberikan nasihat sebelum semua PTI berkenaan menaiki feri ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

TAWAU: Seramai 193 warga Indonesia yang sudah menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut.

Kesemua mereka dihantar pulang menggunakan dua feri dari Jeti Feri Penumpang (TFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata pihaknya mengambil inisiatif membantu warganya untuk pulang ke kampung mereka.

“Mereka terdiri 144 lelaki, 40 wanita dan sembilan kanak-kanak yang kebanyakkannya adalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) sudah melengkapkan suntikan vaksin dan layak untuk dihantar pulang.

“Mengikut laporan daripada kerajaan Malaysia, kesemua mereka adalah tahanan yang baharu selesai menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan,” katanya.
Katanya, warga Indonesia yang dihantar pulang itu juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

“Sebelum ini, pasukan Satgas Perlindungan KRI ditugaskan untuk ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk mendapatkan jumlah warga Indonesia yang akan dihantar pulang.

“KRI Tawau turut membuat Surat Perjalanan Laksana Paspot (SPLP) kepada kerajaan Malaysia bagi melancarkan penghantaran pulang tersebut,” katanya.

Heni berkata, semua mereka akan disambut oleh pasukan keselamatan yang berkaitan sebaik tiba di Pelabuhan Nunukan.

“Mereka juga akan menjalani proses imigresen dan kesihatan sebelum dihantar ke daerah asal masing-masing,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/23

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2021 01:05 PM | Show all posts
siap buat majlis perpisahan lagi...bazir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.388774 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list