CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 0

[Perlis] Perlis capai 96.67 peratus banci penduduk

[Copy link]
Post time 23-10-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Perlis capai 96.67 peratus banci penduduk[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Oktober 23, 2021 @ 11:02ambhnews@bh.com.my


Program turun padang DOSM Perlis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis serta Jabatan Penerangan Negeri Perlis menjelajah ke Kangar, Padang Besar, Arau dan Kuala Perlis bagi menyantuni golongan gelandangan. -Foto NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: Proses Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) kini sudah mencapai tahap 96.67 peratus di negeri Perlis dengan keseluruhan kawasan di negeri itu sudah pun dilawati.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis, A Pathmavathi, berkata pelaksanaan Banci Malaysia 2020 di negeri itu kini sudah memasuki fasa akhir.

"Memasuki fasa terakhir ini, kita sudah pun 96.67 peratus melengkapkan bancian kita yang merangkumi seluruh kawasan di negeri ini dan kita sedang mengemaskini data yang diperoleh selain memfokuskan penambahan data daripada golongan gelandangan yang terdapat di setiap daerah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan Program Menyantuni Gelandangan bagi tujuan Banci Malaysia 2020 di sini, hari ini.

Katanya, untuk tujuan Banci Malaysia 2020 ini, pihaknya banyak menggunakan mekanisme lawatan bersemuka sambil menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini dalam mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

"Selain itu, soalan menggunakan aplikasi dalam talian atau E-Survei turut digunakan sekitar 10 peratus untuk tujuan ini dan selebihnya, menerusi panggilan telefon serta lawatan bersemuka.

"Bagi tujuan pengumpulan data daripada golongan gelandangan ini pula, kita akan terus menemuramah orang gelandangan seperti mereka yang tidak berumah untuk ditemubual dan sekiranya didapati mereka itu tidak waras, kita tidak akan berbuat demikian dan data yang diperoleh juga turut merangkumi warganegara Malaysia dan bukan warganegara," katanya.

Sementara itu, program turun padang itu turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penerangan Perlis meliputi kawasan Padang Besar, Kangar, Arau dan Kuala Perlis.

Pendekatan menyantuni golongan gelandangan adalah penting bagi kerajaan meneliti data DOSM dalam mewujudkan dasar bagi membantu golongan berkenaan di masa hadapan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.093821 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list