CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 0

[Sabah] Aktiviti makan-makan cetus kluster COVID-19

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:12 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Aktiviti makan-makan mencetuskan kluster COVID-19 baharu seterusnya menyebabkan 34 orang dijangkiti wabak berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kluster Kampung Bawan Beaufort dikategorikan sebagai kluster tempat kerja iaitu di salah sebuah klinik kerajaan.

"Penularan jangkitan bagi kluster ini dipercayai berpunca daripada aktiviti makan-makan di rumah keluarga kes indeks di Kg Bawan seminggu sebelum dikesan positif.

"Majoriti kes positif adalah melibatkan ahli keluarga dan rakan sekerja. Kes indeks merupakan petugas kesihatan, lelaki, 31, dan tinggal di kuarters kerajaan bersama rakan setugas apabila bertugas atas panggilan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes indeks disahkan positif melalui ujian RTK Ag pada 7 Oktober 2021 di Klinik Kesihatan Membakut setelah demam dan batuk sejak 4 Oktober 2021.

Katanya, hasil saringan kontak rapat, 24 ahli keluarga dan 10 rakan setugas juga didapati positif. Bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021, sebanyak 34 kes termasuk dua kes baharu hasil saringan ke atas 51 kontak.

Sementara itu katanya, satu lagi kluster dikesan iaitu Kluster Kg Batu 66, Beaufort. Ia merupakan kluster jenis komuniti dan berlaku dalam daerah berkenaan.

"Kes indeks adalah wanita tempatan, 36, yang disahkan positif melalui ujian PCR pada 08 Oktober 2021 di Hospital Beaufort selepas bergejala sejak 6 Oktober 2021.

"Hasil penelitian, penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada kenduri kematian mendiang ayah kepada kes indeks yang ke-40 hari pada 4 Oktober 2021 di Kg Batu 66 dan dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat," katanya.

Selain itu katanya, majlis pengebumian pada 11 Oktober 2021 yang juga dipercayai menyumbang kepada peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan komuniti.
Masidi berkata, majoriti kes positif melibatkan ahli keluarga dan tetamu dari sekitar Mukim Montenior.

"Bermula 8 sehingga 21 Oktober2021 , sebanyak 29 kes termasuk dua kes baharu dikesan daripada 36 kontak yang telah disaring," katanya.

Dalam pada itu katanya, pada 21 Oktober 2021 sebanyak 16 kes kematian dilaporkan iaitu enam kes di Tawau dan dua kes di Lahad Datu.

Manakala katanya, Semporna,Ranau, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Keningau, Beluran, Tuaran dan Tenom masing-masing mencatatkan satu kes kematian.


utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053631 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list