CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 868|Reply: 0

[Sabah] Seragamkan semua adat-adat di kampung

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:07 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Joachim (depan, empat kiri) semasa dalam program berkenaan.

RANAU: Adat-adat kampung di Sabah perlu diseragamkan serta didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau penting bagi memperkasakan adat resam di Ranau.

“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi.

"Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini," katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, kelmarin.

Program berkenaan disertai seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan.

Beliau juga mengingatkan semua ketua-ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk dibawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk  membantu mencegah penularan COVID-19.


utusanborneo.com.my/2021/10/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list