CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 964|Reply: 0

[Sabah] Pengadu rayu tindakan segera SESB

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:01 PM | Show all posts |Read mode


TEGANG: Tiang elektrik tanpa 'stay' menyebabkan sambungan wayar ke rumah pengadu dilihat sangat tegang sehingga menyebabkan kerosakan pada sambungan.

KOTA KINABALU: Pengguna elektrik di kampung Tabur Manggatal meminta jasa baik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk datang menanam wayar 'stay' yang tidak dipasang ketika datang menyelenggara pada bulan lalu.

Penduduk Kampung Sainah Binsin 58, berkata, bulan lalu pihak SESB datang untuk menyelenggara sebatang tiang elektrik yang hampir tumbang akibat banjir.

"Saya berterima kasih kepada SESB kerana akhirnya selepas 10 tahun menanti dengan pelbagai aduan dibuat, mereka datang menggantikan tiang berkenaan.

"Bagaimanapun, terdapat sebatang tiang lagi yang diselenggara tetapi sambungan wayar stay atau penahan tidak dibuat.

"Baru-baru ini angin bertiup kencang sehinggakan tiang berkenaan bergoyang, akhirnya wayar sambungan ke rumah saya rosak dan hampir tercabut disebabkan wayar ke rumah saya digunakan sebagai penahan tiang elektrik berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dia juga sudah membuat panggilan ke talian hotline SESB 15454, namun setiap kali panggilan dilakukan operator menjelaskan semua kakitangan sedang sibuk.

"Saya juga sudah menghantar Whatsapp SESB Careline (019 852 5427), namun tiada sebarang tindakan susulan dilakukan.

"Saya warga emas, meminta jasa baik dan pertimbangan SESB agar datang sekali lagi untuk menyelenggara. Ini kerana perkara yang sama pernah terjadi apabila tiang elektrik yang hampir tumpang telah merosakkan sambungan wayar ke rumah.

"Saya tidak ingin merasakan kebimbangan apa yang saya alami sepanjang 10 tahun lalu, kerana keadaan itu membahayakan nyawa sekiranya perkara tidak diingini terjadi.

"Alamat kawasan ini adalah di G15 Kampung Tabor Manggatal," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/22


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.497990 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list