CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1789|Reply: 2

Rossi sedia ucap selamat tinggal

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Misano Adriatico, Itali: Valentino Rossi memberitahu dia sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Itali pada saingan MotoGP Emilia-Romagna yang akan menjadi perlumbaan terakhir legenda itu di laman sendiri.

Rossi yang juga juara dunia tujuh kali MotoGP akan bersara pada penghujung musim ini, menutup tirai karier panjangnya yang menjadikan dia ikon sukan berkenaan dan hero kepada jutaan rakyat Itali.

Penunggang berusia 42 tahun itu akan ke litar Misano buat kali terakhir di depan kira-kira 35,000 penonton dan menegaskan masanya sudah tiba buatnya mengundur diri.

"Ini adalah peluang terbaik untuk mengucapkan 'ciao' kepada semua penyokong Itali, sentiasa hebat berlumba di Misano yang juga litar di tempat saya sendiri," kata Rossi.

"Ia menjadi cerita yang panjang, ia lebih daripada 400 perlumbaan dan karier yang panjang. Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana saya melalui tempoh menakjubkan di seluruh dunia.

"Ia sentiasa akan menjadi tempoh yang menyedihkan apabila anda akhirnya tiba di penghujung tetapi ia bagus, kami gembira melaluinya."

Ditanya sama ada dia mahu diingati sebagai seorang daripada pelumba dengan persona tersendiri, dia menjelaskan tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.

Namun sebaliknya memberitahu dia berharap "mereka yang mengikutinya perkembangan karier perlumbaannya selama ini akan gembira."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cap-selamat-tinggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2021 09:34 PM | Show all posts

Pelumba Yamaha-SRT, Valentino Rossi. FOTO File AFP
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 04:17 AM | Show all posts
awat x p sbk yer...sana ramai otai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.595254 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list