CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 916|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 22/10/2021

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-10-2021 12:12 PM

Sabah rekod satu kluster, 641 kes baharu COVID-19




KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 641 kes baharu COVID-19 hari ini dengan satu Kluster Alab Senagang Tenom yang melibatkan komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini kes sporadik merekodkan sejumlah 41.3 peratus daripada jumlah kes baharu COVID-19.

"Tempat kejadian tidak dapat dipastikan, lazimnya berlaku di tempat awam atau khalayak ramai serta kelalaian mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Perlu diingatkan bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100 peratus daripada jangkitan. Malah tidak ada vaksin untuk apa pun penyakit yang memberi jaminan kekebalan 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian semakin ramai rakyat yang telah memperolehi vaksin lengkap dijangkiti COVID-19. Hampir keseluruhan mereka hanya mengalami gejala ringan atau tidak mengalami sebarang simptom.

Katanya, ramai diantara mereka ini mungkin sudah lalai mematuhi SOP kerana berandaian vaksin memberi perlindungan 100 peratus daripada jangkitan.

"Sebagai ingatan, mereka yang sudah memperolehi vaksin tidak terkecuali daripada mematuhi semua SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan.

"Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang paling tinggi hari ini dengan 70 kes, peningkatan 23 kes berbanding 21 Oktober 2021.

"Tetapi adalah juga diperhatikan bahawa 63 kes daripada 70 kes di Kota Kinabalu adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui," katanya.

Masidi menyeru kepada semua pemimpin akar umbi setiap kampung agar turut sama membantu kerajaan memastikan semua penduduk mematuhi SOP di kawasan masing-masing.

Menurutnya, daripada 641 kes yang dilaporkan, 62 orang adalah dalam Kategori 1, 557 orang dalam Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 5. 14 kes lagi masih dalam siasatan.


utusanborneo.com.my/2021/10/22




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057627 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list