CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 5

[Sabah] Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam

[Copy link]
Post time 20-10-2021 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam
Oleh Juwan Riduan - Oktober 20, 2021 @ 1:18pm


Buaya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut - Foto NSTP/Ihsan APM

LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga sepanjang lebih tiga meter dan berat 300 kilogram ditangkap selepas terperangkap di dalam saluran parit, di pusat peranginan Felda Residence, Wilayah Sahabat berhampiran pantai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.25 malam itu, pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan yang menyedari kehadiran buaya berkenaan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu untuk mendapatkan bantuan.

"Pasukan operasi terpaksa menggunakan jerst perangkap tali untuk mengeluarkan buaya itu dari dalam parit di pusat peranginan berkenaan.

"Usaha itu akhirnya berjaya pada jam 2.11 pagi dan pihak APM terus menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk proses penyerahan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, buaya berkenaan adalah jenis buaya tembaga dengan berat mencecah 300 kilogram.

Katanya, panjang buaya berkenaan adalah 3.2 meter dengan ukur lilit badan melebihi satu meter.

"Buaya berkenaan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya pada jam 2.30 petang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 06:00 AM | Show all posts

Buaya Tembaga Seberat 300KG Ditangkap Dalam Parit



LAHAD DATU: Seorang polis bantuan yang sibuk meronda kawasan pantai berhampiran Resort Felda Residence Sahabat dikejutkan dengan kehadiran  seekor buaya tembaga di dalam parit resort berkenaan, Isnin lalu.

Buaya tembaga seberat 300 kilogram dan sepanjang lebih tiga meter itu didapati terperangkap di dalam parit saluran air resort berkenaan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada anggota polis bantuan tersebut kira-kira pukul 11.25 malam mengenai kehadiran seekor buaya.

Katanya, sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menangkap buaya berkenaan.

Menurutnya, pasukan APM menangkap buaya itu menggunakan jerat perangkap tali dan mengeluarkannya dari parit saluran air resort tersebut.

Buaya tembaga tu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar kira-kira pukul 1.37 petang kelmarin. – Utusan Online



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:46 PM | Show all posts
Nasib baik dapat ditangkap, jika sebaliknya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 02:37 PM | Show all posts
croc satu2nya haiwan yang aku suka tengok video2 dia makan, kene makan, membunuh dan kene bunuh
semalam baru layan video croc slaughter house
suka jugak tegok orang masak dan makan bull frog
selain dari tu suka jugak video2 orang makan cara primitif


takde kene mengena dengan tajuk kn?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:03 PM | Show all posts
tgk krokodail kat dlm kandang pun aku dah seram. ni kan pulak tgk depan2 secara terbuka mcm ni. tak berani aku nak dtg dekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar betul buaya tu..muat pulak die nak begerak dalam parit

Memang tgh tunggu mangsa kut..tu yang bersembunyi dalam parit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.244749 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list