CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 3

[Sabah] Muzium Sabah pamer karya TYT secara maya

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:18 PM | Show all posts |Read mode


LUKISAN: Salah satu hasil lukisan Juhar yang menggambarkan suasana keindahan di kawasan kampung.



TENANG: Catan TYT yang memperlihatkan kehijauan alam.

KOTA KINABALU: Muzium Negeri Sabah berjaya mempamerkan “karya-karya” Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin secara maya sempena hari jadi rasmi TYT ke-68.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata seperti sedia maklum setiao tahun Jabatan Muzium Sabah diamanahkan untuk menganjurkan pameran khas bersempena dengan perayaan hari kelahiran rasmi TYT.

“Disebabkan negara berhadapan pandemik COVID-19, Muzium Sabah mengambil pendekatan dengan membangunkan sebuah pameran maya yang bertemakan “karya-karya” Tuan Yang Terutama (TYT).

“Pameran “karya-karya” kali ini membawa pengunjung untuk mendalami bakat terpendam yang dimiliki TYT dalam bidang seni catan.

“Pengunjung juga diberi pendedahan mengenai karya seni rupa untuk meningkatkan pengetahuan dan apresiasi masyarakat dalam seni dengan memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni melalui persepsi visual,” katanya semasa ucapan aluan Majlis Perasmian Pameran Khas terbabit.

Dalam pameran ini, pengunjung berpeluang melihat koleksi catan lanskap dan alam semulajadi hasil seni TYT Dari pemandangan berwarna-warni yang harmoni hingga ke mono ton, catan-catan Juhar menyampaikan kehalusan dalam lanskap dan alam semulajadi.

Media yang digunakan dalam koleksi catan ini adalah cat air, cat akrilik, cat minyak dan juga pastel minyak.

Seni lanskap sememangnya suatu seni yang sering digemari, baik untuk dilukis atau untuk dilihat dan diapresiasi.

Catan dan lukisan Juhar yang nampak bersahaja dalam menangkap esen suatu pemandangan berjaya mewujudkan rasa familiar, perasaan berada di kampung halaman, redup kabut selepas hujan dan keluasan alam.

Dari lanskap, kehijauan alam dan lanskap pantai lautan Sabah dan luar negara sebagai tatapan kepada yang melihat, disertakan juga dengan subjek buatan manusia seperti bot layar dan rumah yang sekaligus mengukuhkan keseluruhan catan.

Jafry berkata sebanyak 50 buah karya TYT diperagakan dalam pelbagai media dan teknik catan.

“Pihak Muzium Sabah juga memilih enam buah karya TYT untuk dianimasikan dengan kesan khas audio dan visual bagi menjadikan pameran ini lebih menarik selaras dengan penggunaan teknologi digital masa kini,” katanya sambil menambah yang dianimasikan ini boleh menjadi satu bahan promosi kepada pameran khas ini.

Dalam pada itu beliau berkata penduduk bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa menunjukkan keprihatinan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“TYT juga membimbing kita semua ke arah perpaduan, kestabilan dan keharmonian di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.

“Doa serta harapan seluruh rakyat negeri ini, agar TYT dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni serta keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia sepanjang masa,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa pameran khas “karya-karya” TYT dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan pameran khas ini.


utusanborneo.com.my/2021/10/21




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:27 AM | Show all posts
lukisan biasa
warna yang menampakkan benda tu seakan2 hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 12:14 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-10-2021 11:27 AM
lukisan biasa
warna yang menampakkan benda tu seakan2 hidup
agak kaku
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-10-2021 12:14 PM
agak kaku

Kacak not bad.

Kmk dh pernah jejak kaki ke istana TYT sabah. Kebetulan ank buah tyt satu kelas dgn kmk d johor dolok. Tiber cerita. Tp yalah kenangan hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068203 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list