CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 1

[Sabah] Dua lelaki ditahan bersama rokok, minuman keras bernilai RM150,000

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:11 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Dua suspek lelaki yang ditahan bersama rokok dan minuman keras dalam Op Kontraban di Kudat. (Gambar ihsan PGA Sabah).



RAMPAS: Rokok dan minuman keras tidak bercukai yang dirampas pasukan PGA menerusi Op Kontraban di Kudat. (Gambar ihsan PGA Sabah).

KUDAT: Tindakan dua lelaki menyembunyikan sejumlah rokok dan minuman meras dipercayai tidak bercukai bernilai lebih RM150,000 membawa padah selepas ditahan dalam serbuan Ops Kontraban di sini pagi tadi.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata bertindak dengan maklumat risikan pihaknya menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis kompak berhampiran Pasar Besar Kudat, di sini kira-kira jam 11.26 pagi.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu menemukan beberapa karton rokok dipercayai diseludup sebelum kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek kemudiannya membawa pasukan serbuan ke kawasan lapang yang dijadikan tempat penyimpanan barangan terbabit iaitu sebuah kontena yang diletakkan di Jalan ACC Government Quarters, di sini,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan di dalam kontena itu menemukan ratusan karton rokok dan minuman keras yang disyaki tidak bercukai.

“Semua barangan berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM150,000 kemudiannya dirampas siasatan lanjut,” katanya.

Abdul Rani berkata, pemeriksaan badan terhadap kedua-dua suspek tidak menemukan sebarang kesalahan dan suspem dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat untuk tindakan selanjutnya.

“Dua kenderaan turut dirampas bagi membantu siasatan dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM183,226.05 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:25 AM | Show all posts
nampak gaya penjenayah dah susah nak cari makan
dulu boleh lagi sebab polis sibuk buat SJR
dengan ronda2 cari mangsa saman tak follow SOP covid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057102 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list