CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Perlis] Timbalan Ketua Badan Perhubungan Bersatu Perlis letak jawatan

[Copy link]
Post time 21-10-2021 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Timbalan Ketua Badan Perhubungan Bersatu Perlis letak jawatan[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


GAMBAR fail, Ameir. FOTO NSTP




Arau: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima tamparan apabila Timbalan Ketua Badan Perhubungan Bersatu Perlis Ameir Hassan meletakkan semua jawatan yang yang disandang dalam parti itu termasuk Ketua Bahagian Bersatu Arau berkuat kuasa 15 Oktober lalu.

Peletakan jawatan berkenaan sudah dimaklumkan Ameir menerusi satu surat kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertarikh 15 Oktober lalu.

Ameir berkata, tindakannya itu dilakukan selepas berasakan bahawa Bersatu yang ditubuhkan pada September 2016 semakin hilang arah perjuangan dan tersasar daripada perjuangan asalnya untuk membela rakyat.

"Saya adalah ahli asal Bersatu yang menyertai parti ini pada 2016 dan menjadi pengasas penubuhan cawangan parti ini di negeri Perlis dan tindakan saya ini bukanlah disebabkan jawatan tetapi disebabkan prinsip dan pendirian kita yang saya lihat semakin hari semakin tersasar daripada landasan asal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ameir berkata, buat masa sekarang ini beliau belum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana parti namun tidak menolak untuk terus bertanding sebagai calon bagi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Dalam PRU lalu, Ameir yang bertanding atas tiket PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pauh bagaimanapun tewas kepada calon BN, Rozieana Ahmad dengan majoriti 143 undi selain calon PAS, Idris Yaacob yang turut bertanding pada kerusi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Perlis, Wan Zikri Afthar berkata, pihaknya mewakili Bersatu Perlis akan mengeluarkan kenyataan kepada media nanti.

Disiarkan pada: Oktober 21, 2021 @ 6:43pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.505137 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list