CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 1

Verstappen idam tewaskan Hamilton

[Copy link]
Post time 21-10-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Austin: Max Verstappen akan berusaha menewaskan Lewis Hamilton minggu ini untuk terus melebarkan jurang dalam perebutan kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, ketiga dan kedua tetapi tidak pernah memenangi saingan di Circuit of the Americas, sensasi Belanda itu berharap dapat memenangi perlumbaan di Texan.

Ia bagi membolehkannya terus melebarkan kelebihan enam mata di tangga pertama kedudukan pemandu ketika berbaki enam perlumbaan lagi.

"Kami sentiasa kompetitif di AS (Amerika Syarikat) dan meraih keputusan yang baik. Kami harus mengubahnya dengan kemenangan," katanya.

"Kami pergi ke setiap litar dan menyedari sekurang-kurangnya boleh bersaing merebut podium serta turut mensasarkan kemenangan.

"Kami fokus untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa cuba untuk memenanginya, jadi situasinya tidak jauh beza di Austin.

"Ia akan menjadi satu lagi persaingan sengit dan saya tidak sabar beraksi pada perlumbaan minggu ini."

Verstappen dan pasukannya di Red Bull bagaimanapun sedar Mercedes cemerlang di litar itu sejak 2012 apabila Hamilton memenangi lima daripada lapan perlumbaan sehingga kini.

Tiga lagi perlumbaan dimenangi rakan sepasukannya, Valtteri Bottas pada 2019, Sebastian Vettel ketika bersama Red Bull pada 2013 dan Kimi Raikkonen (2018).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m-tewaskan-hamilton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2021 10:54 AM | Show all posts

MAX Verstappen. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046970 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list