CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 3

[Tempatan] Edisi mari lah mari: DUN Bubar Jemat?

  [Copy link]
Post time 21-10-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
DUN Sarawak dibubar Jumaat ini?

Rudi Affendi KhalikOktober 20, 2021 23:44 MYT

DUN Sarawak dibubar Jumaat ini?
KUCHING: Desas-desus Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bertiup kencang apabila Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini (22 Oktober 2021).

Beliau dijangka membuat pengumuman tersebut di Kuching dalam satu sidang media khas.

Menurut sumber yang rapat dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), sekretariat pilihan raya GPS sudah meminta calon untuk mengemukakan maklumat terkini kepada ibu pejabat parti.
Manakala satu sumber yang lain memberitahu, Abang Johari telah menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk limpah perkenan bagi cadangan pembubaran DUN.

Pengumuman tersebut dikatakan akan berlaku sebelum lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke bandar raya ini pada Sabtu, sekali gus melancarkan program Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, GPS bersedia untuk melaksanakan proses demokrasi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata, PRN boleh diadakan pada bila-bila masa, dengan Abang Johari hanya perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk pelepasan Proklamasi Darurat.

Esok, Ketua Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Sri Aman untuk melancarkan Agensi Pembangunan Sri Aman dan menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Peace Park.

Pada masa yang sama, beliau akan mengadakan lawatan ke Hospital Sri Aman yang baharu.

Difahamkan, jika pembubaran dilakukan pada Jumaat ini, PRN dijangka diadakan pada penghujung bulan November, bagi mengelak musim tengkujuh pada Disember.

Sementara itu, maklumat dalaman parti memberitahu, ramai muka baharu akan dikemukakan GPS pada kali ini.

Sos: https://www.astroawani.com/berit ... r-jumaat-ini-326486


P/s: Patut la cepat2 benarkan rakyat srwak masuk srwak tanpa enter srwak bullshit tu. Tapi bagi non srwakian tetap kena isi yah! Ntah2 nak halang puak2 pembangkan yg nak masuk tolong berkempen. Ni mail dtg sbtu ni kena isi entersrwak ke? Heshe bukan srwkian yah!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Adalah sejarah piliharan sabah bakal berulang?? January 2022 lock down lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2021 10:43 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 21-10-2021 10:35 AM
Adalah sejarah piliharan sabah bakal berulang?? January 2022 lock down lagi

Mail cakap no turning back dah, maksudnya apa jadi pon xda lockdown lagi, hanya pkpundek jah. Yang pasti dodol nak GPS ni dihapuskan di muka bumi srwak sbb dah 2 tahun menyusahkan rakyat utk balik negeri sendiri. Sial!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 10:46 AM | Show all posts
Eloklah tu dah Melaka pun nak pilihanraya jadi ada eloknya Sarawak pun ikut sekali dan lebih baik lagi kalau GE je terus.  Tangguh2 pun tahun depan belum tentu selesai wabak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066487 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list