View: 1323|Reply: 12
|
[Dunia]
Edisi terpaling : Malaysia mendunia di Australia
[Copy link]
|
|
450kg bai.... Mana kau dapat ni dekkkk...
LAIN-LAIN (DUNIA)
Polis Australia rampas heroin RM431 juta
October 16, 2021 @ 5:44pm
Polis Australia rampas heroin RM431 juta
Gambar hiasan.
MELBOURNE: Polis Australia merampas penghantaran heroin terbesar dalam sejarah negara itu bernilai kira-kira A$140 juta (RM431 juta).
Pihak berkuasa turut menahan menahan seorang suspek lelaki warga Malaysia berhubung kesalahan mengimport dadah berkenaan, yang dihantar dari Malaysia ke sebuah syarikat perniagaan di Melbourne.
Dalam satu kenyataan hari ini, polis Australia memaklumkan dadah seberat 450 kilogram (kg) atau seberat sebuah piano besar itu dikesan dalam kontena kapal yang diiktiraf mengandungi jubin seramik.
Polis tidak menamakan lelaki yang ditahan itu, seperti mana amalan biasa di Australia, kecuali jika membabitkan pendedahan identiti suspek dianggap memiliki kepentingan pada keluarga mangsa atau masyarakat.
Menurut polis, suspek didakwa mengimport dan cuba memiliki dadah kawalan dalam kuantiti komersial, yang mana penalti maksimum bagi kesalahan itu adalah penjara seumur hidup.
Pesuruhjaya Pemerintah Selatan Polis Persekutuan Australia, Krissy Barrett, memaklumkan pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kami meneruskan kerjasama bagi mengenal pasti dan menggagalkan sindiket jenayah terancang rentas sempadan yang cuba mengancam kedua-dua negara.
"Mereka ini mengaut keuntungan jutaan dolar daripada kegiatan jenayah seperti ini," katanya dalam satu kenyataan.
Polis menganggarkan rampasan heroin itu berjaya menyelamatkan 225 nyawa, berdasarkan unjuran terdapat satu kematian dalam komuniti Australia bagi setiap dua kg heroin yang digunakan. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah Australia tak de death penalty for drug trafficking. |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 18-10-2021 08:02 PM
Shabbas bete.
Nak syabbas bette pun tak guno..dah ke dalam |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer El Chapo ..camna blh lps kt malaysia..sengaja lps ke?
kalau jual dadah sekali..pastu terlepas la..pastu si edar dadah nk insaf dh..bkn insaf sgt cuma tamo dh jd pengedar..nk guna duit yg ada tu bkk bisnes lain pulak..ada tak gitu |
|
|
|
|
|
|
|
sajat pun dah sampai ostolia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 18-10-2021 08:09 PM
Nak syabbas bette pun tak guno..dah ke dalam
Record tertinggi tuuu.
Kira hebat org lain tak leh capai apa yg dia capai.
Pastu dok dalam kat ossi. Dapat layanan ok la kan. Kalau negara lain tunggu la nasib |
|
|
|
|
|
|
|
Perhh kalau kat Malaysia dah hukuman gantung dah nie |
|
|
|
|
|
|
|
airisa replied at 18-10-2021 08:40 PM
sajat pun dah sampai ostolia ..
Betul2 mendonia org kita di bumi kenggaruuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 teringat quote 'i am ignorant' |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manaa boleh terlepas berkg kg tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih risau kalau yang jenis kantoi kutip buah guna tourist visa. yang itu akan affect average tourist macam kita2 ni dipandang serong.
big syndicate ni kelas tersendiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|