CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 1

[Sabah] Covid19 17/10/2021

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu 60 (80)
Penampang 44 (48)
Tuaran 41 (33)
Beaufort 31 (31)
Papar 30 (25)
Kota Marudu 29 (29)
Kota Belud 29 (59)
Keningau 28 (38)
Ranau 24 (52)
Tenom 23 (21)
Lahad Datu 19 (28)
Pitas 19 (19)
Kudat 15 (32)
Tawau 14 (13)
Tambunan 13 (8 )
Beluran 13 (17)
Kinabatangan 11 (14)
Kuala Penyu 10 (10)
Sandakan 10 (13)
Tongod 10 (0)
Putatan 8 (22)
Kunak 6 (5)
Semporna 4 (5)
Nabawan 4 (12)
Kalabakan 4 (1)
Telupid 3 (9)
Sipitang 2 (15)

Angka dalam kurungan
adalah jumlah kes kelmarin ( 16/10/2021 )

Kluster Baru
        -Tiada-

RUMUSAN HARIAN
(17/10/2021)

Negeri Sabah meneruskan trend penurunan kes harian dengan catatan kes baharu sebanyak 504 kes, 135 lebih rendah daripada semalam. Jumlah ini merupakan angka terendah direkodkan sejak 22 Julai 2021.

Sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan kes, 8 daerah mencatatkan peningkatan dan 4 daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana semalam. Hanya satu sahaja daerah yang mencatatkan peningkatan 2 angka iaitu daerah Tongod dengan penambahan 10 kes.

Daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes 2 angka ialah Kota Belud -30 kes, Ranau -28 kes, Kota Kinabalu -20 kes, Kudat -17 kes, Putatan -14 kes, Sipitang -13 kes dan Keningau -10 kes.

Tidak ada daerah yang merekodkan kes 3 angka dan kes tertinggi pada hari ini direkodkan di Kota Kinabalu dengan catatan 60 kes. Daerah-daerah lain mencatatkan kes baharu dibawah paras 50 kes.

Daripada 504 kes yang dicatat hari ini, 198 kes atau 39.29% merupakan kes Saringan Bergejala atau kes2 yang berlaku secara sporadik. Siapa yang menjangkiti dan tempat jangkitan berlaku sukar dikenal-pasti. Yang pasti ia satu petanda virus Covid sudah berada dalam masyarakat secara berleluasa dan risiko jangkitan semakin tinggi.

Sebanyak 291 kes atau 57.7% yang direkodkan hari ini adalah kes yang berlaku sepanjang 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes2 lama yang lewat daftar dua hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui. Walau bagaimanapun cuma 1 kes yang didaftar lewat melebihi 5 hari.

Daripada keseluruhan kes hari ini, 92.06% adalah dalam Kategori 1 & 2, manakala 6 kes dalam Kategori 3, 3 kes Kategori 4 dan 2 kes dalam Kategori 5, dengan 29 kes lagi masih dalam penilaian pihak JKNS.

Sungguhpun trend penurunan kes harian agak memberangsangkan tetapi kita belum memenangi peperangan melawan pandemik Covid ini. Seperti yang diramalkan sebelum ini, kita berada dalam trend “yo-yo”, sekejap turun dan sekejap naik. Sikap kita sendiri yang akan menentukan bagaimana trend akan datang ditentukan.

Pematuhan kepada semua SOP secara total dan konsisten adalah benteng utama menghindar jangkitan virus ini. Memperolehi vaksin yang lengkap bukan sahaja meninggikan imuniti badan kita tetapi dapat mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan kita terhindar daripada kesan teruk virus Covid sekiranya dijangkiti. Vaksin boleh menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita daripada kematian akibat sakit jangkitan virus Covid.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2021 07:55 AM | Show all posts






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.356043 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list