CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sarawak] Kasih Keluarga Dorong Guru Jadi Usahawan Gen Z

[Copy link]
Post time 17-10-2021 04:20 AM | Show all posts |Read mode
Kasih sayang keluarga merupakan faktor yang membawa kejayaan kepada seorang usahawan muda untuk memiliki kedai gajet yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), di sini, baru-baru ini.
“Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat diri saya kerana berjaya memiliki premis sendiri yang saya namakan “Chegu Aiman Gadget” yang menjual gajet dan telefon pintar,” kata Aiman Abdul Hamid, 23, yang juga merupakan seorang guru, ketika ditemui di pejabatnya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga saya yang banyak membantu dalam proses pembukaan kedai ini, terutamanya ibu saya yang sering mendorong saya untuk menjadi usahawan serta membantu daripada segi kewangan untuk memulakan perniagaan ini.

Semasa kecil, saya melihat ibu berniaga menjual kuih-muih dan nasi lemak.  Sekarang ibu masih menjual roti canai ‘frozen’ untuk mencari belanja demi membesarkan kami adik beradik dan menghantar mereka ke intitusi pengajian tinggi,” ujar Aiman yang merupakan anak bungsu serta lelaki tunggal daripada tujuh orang adik beradik.

Menurut Fatimah, Aiman disifatkan sebagai seorang anak yang baik, patuh kepada ibu bapanya dan cemerlang dalam bidang pelajaran beliau.

“Pada masa era ekonomi digital kini, perniagaan telefon pintar dan gajet-gajet dilihat sebagai satu peluang perniagaan yang sesuai diceburi oleh golongan generasi Z seperti Aiman.

Gajet dan telefon pintar pada ketika ini adalah peranti yang penting, mudah dibawa kemana-mana dan dekat dengan kita hampir 24 jam sehari dalam kehidupan norma baharu zaman kini,” kata Fatimah ketika ditemui sewaktu perasmian kedai ‘Chegu Aiman Gadget’.

“Saya berharap agar Aiman tidak berubah sikap, sentiasa merendahkan diri serta hormat kepada orang lain tanpa mengira usia.

Perkara yang paling penting adalah Aiman harus fokus kepada pekerjaan utama sebagai guru bagi mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang berguna pada masa hadapan,” nasihat Fatimah untuk mengingatkan Aiman supaya tidak mencampur aduk kerjaya sebagai guru dengan keusahawanan.

Sebelum membuka kedai sendiri, Aiman sudah mula berniaga daripada rumah dengan menggunakan aplikasi sosial media ‘TikTok’ untuk promosi dan pemasaran gajet dan telefon pintar.






credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.246304 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list