CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Sarawak] Kempen Derma Darah Rai Konsep Murni Keluarga Malaysia

[Copy link]
Post time 17-10-2021 04:16 AM | Show all posts |Read mode
Kempen Derma Darah yang dianjurkan bersempena dengan Program Sepakat@komuniti 2021 anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Daerah Kuching meraikan konsep murni Keluarga Malaysia kerana penglibatan penderma yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Proses derma darah semasa program ini berjaya mencapai sebanyak 49 beg darah terkumpul daripada 61 orang penderma darah yang hadir dari sekitar kawasan Petra Jaya dan Kuching khasnya.

Program bermula seawal jam 10.00 pagi ini berlangsung meriah dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bertempat di Lobi Utama, Pasaraya Mydin Vista Tunku, Petra Jaya dan telah disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Swady Guliling.

Swady ketika ditemui berasa amat teruja dengan perlaksanaan program tersebut dan berharap agar acara seumpama ini dilaksanakan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi kerjasama serta peranan JaPen bersama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sosial (NGO) dan masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan bahawa program ini merupakan salah satu program terbaik dalam memupuk semangat Keluarga Malaysia sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Melalui program sebegini orang ramai dapat melihat betapa berkesannya konsep Keluarga Malaysia apabila secara langsung kita dapat melihat nilai-nilai murni seperti saling bantu membantu, bekerjasama dan saling bertanggungjawab rakyat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum berjaya diterjemahkan dalam aktiviti pendermaan darah bagi mereka yang memerlukan," tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, penyertaan orang ramai dalam Kempen Derma Darah semasa Program Sepakat@Komuniti membuktikan bahawa rakyat negeri ini prihatin tentang keperluan bekalan beg untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

"Inisiatif penganjuran program hari ini adalah selari dengan falsafah Keluarga Malaysia yang menitikberatkan keprihatinan semua lapisan rakyat di mana umum mengetahui bahawa bekalan tabung darah adalah penting agar bagi kegunaan golongan yang memerlukan dan kes-kes kecemasan seperti kes pembedahan, kemalangan dan pesakit  Talasemia," ujar Swady.

Kelab Penerangan Sarawak (KPS) turut memberikan sokongan terhadap program ini dengan kehadiran Pengerusi Kelab Penerangan JaPen Sarawak, Muhammad Syazwan Abdul Rahman bersama ahli-ahli KPS yang turut hadir menderma darah di situ.

Sementara itu, kehadiran kumpulan bermotorsikal berkuasa tinggi iaitu Boneshaker Chooper Group Kuching yang diketuai oleh Dato' Azizi Morni dan ahli kumpulan juga memeriahkan majlis yang mana mereka juga tampil untuk menderma darah pada hari ini.

Sementara itu Pegawai Penerangan Daerah Kuching, Magdellina Alfred Jeho berkata bahawa program ini merupakan Program Sepakat@Komuniti Tahun 2021 Siri Ke 3 yang dianjurkan oleh JaPen Kuching dan akan diteruskan bagi siri ke-4, siri ke-5 dan seterusnya dalam masa terdekat mengikut perancangan yang telah dibuat.

"JaPen Kuching telah merancangkan beberapa siri Program Sepakat@Komuniti Tahun 2021 dan selepas ini program ini akan diteruskan di beberapa lagi tempat terpilih sekitar Daerah Kuching khususnya dalam menyemarakkan lagi penyebaran maklumat yang tepat mengenai Konsep Keluarga Malaysia kepada masyarakat setempat melalui program diadakan," katanya.

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari Pusat Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan bantuan dan profesional petugas kesihatan yang komited sepanjang program dilaksanakan.

Menurut Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin, Pusat Tabung Darah sentiasa menerima mana-mana individu yang mahu menderma darah secara ‘walk-in’ sama ada melalui penganjuran bersama dengan pelbagai pertubuhan, agensi swasta atau agensi Kerajaan dan pihak HUS juga telah menyediakan pusat yang dinamakan Day Care Centre (DCC) yang serba lengkap dengan peralatan yang sesuai bagi memudahkan proses pendermaan darah di DCC jika ada ada individu yang tampil menderma darah di sini.

"Jangan risau dan takut untuk menderma darah, yang penting pastikan anda telah bersedia dan memenuhi segala kriteria yang diperlukan bagi seorang penderma darah dan mereka yang mempunyai pertanyaan atau sebarang kemusykilan boleh  melayari melalui laman web rasmi Blood Bank HUS atau laman Facebook Blood Bank HUS untuk bertanyakan soalan," katanya lagi.

Program ini juga turut menyelitkan pameran dan edaran bahan-bahan penerbitan dari Pusat Maklumat Rakyat JaPen Kuching dan tayangan video ucapan Perdana Menteri, dan video khas Keluarga Malaysia secara digital untuk pengunjung yang hadir.-TAMAT-

Disediakan Oleh: Salleh Haji Immun (JaPen Kuching)
Foto Oleh : Azizi Bohari (JaPen Kuching) & Chua Shim Choon (BMKK


Dr. Masrin (kanan) dari Pusat Tabung Darah HUS menerima sijil penghargaan dari Swady (tengah) atas kerjasama yang diberikan menjayakan program kali ini. Turut kelihatan, Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Aziz Abdul Rahman.-PENERANGAN.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.068205 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list