CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2486|Reply: 47

[Tempatan] Kerajaan didesak hentikan operasi kilang arak Timah

  [Copy link]
Post time 17-10-2021 02:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-10-2021 10:05 AM

Kerajaan didesak hentikan operasi kilang arak Timah
Mohd Iskandar Ibrahim - Oktober 16, 2021 @ 4:58pmmohd_iskandar@bh.com.my


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url
Pemuda PAS mendesak kerajaan supaya menutup operasi kilang arak jenama tempatan, Timah. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mendesak kerajaan supaya menutup operasi kilang arak jenama tempatan, Timah yang disifatkan sebagai malapetaka dan penghinaan kepada Malaysia.

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi, berkata kewujudan kilang arak terbabit yang giat mengeksport produk mereka, tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah membawa mudarat besar.

Tegasnya, Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kewujudan arak jenama tempatan itu yang baru memenangi anugerah antarabangsa, baru-baru ini.

"Berdasarkan carian, arak jenama Timah ini bukanlah baru sahaja wujud seperti digembar-gemburkan 'cybertrooper' pembangkang, tetapi arak ini sudah wujud sejak bertahun lamanya.

"Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ia baru wujud setahun dua ini. Walaupun begitu, Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak ini," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Nazir berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan menutup perusahaan kilang arak berkenaan daripada terus beroperasi.Katanya, masih banyak sumber pendapatan yang boleh diperoleh oleh negara selain perusahaan arak.

"Arak ini bukan sahaja merosakkan umat Islam, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Berapa ramai rakyat Malaysia yang mati akibat kesan arak, sama ada disebabkan kemalangan jalan raya mahupun ketagihan arak? Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak? Kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara," katanya.

Beliau turut menasihatkan pembangkang supaya tidak menjadikan isu terbabit sebagai modal sentimen politik murahan kerana kilang berkenaan beroperasi ketika mereka menjadi kerajaan.

"Mereka sendiri berdiam diri walaupun mengetahuinya. Sebaiknya seluruh umat Islam, tanpa mengira agama dan latar belakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak ini dihentikan segera," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... i-kilang-arak-timah






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2021 02:08 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-10-2021 10:16 AM

bila lobai nak haramkan agama?

pergi bomb orang sans sini, tikam orang sana sini..bunuh orang sana sini di atas ticket nak mask syurga.
agama lagi bahaya daripa arak..sehinggakan orang islam sendiri terpaksa merempat..jadi pelarian..jadi pendatang haram di negara kafir peminum arak untuk mencari kehidupan yang lebih bagus dan terjmin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2021 04:30 AM | Show all posts
Isu arak: PAS gesa KDN perlu lebih tegas kawal industri arakFMT Reporters -

October 16, 2021 10:57 PM



Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya lebih tegas dalam menangani dan mengawal industri arak di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab juga perlu meletakkan syarat yang lebih ketat berkaitan minuman keras.
Menurutnya, desakan itu dibuat kerana PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk industri minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi. Namun, perlu diingatkan bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam.

“Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Justeru itu, PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa.
Isu arak jenama Timah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kerana ia dikatakan produk keluaran negara ini.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika syarikat itu ada lesen, beroperasi secara sah dan ikut semua peraturan,kerajaan nak tutup atas alasan apa? Sebab sesetengah orang rasa terhina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa desak? Desak tu, ugut ini tu suma kerja pembangkang kan? Dh jd gomen kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape isu die? Apa violation of code of conduct or law yg co timah ni dh buat sampai kena tutup? Why nk salahkan kilang arak kalau umat isle mabuk. Kalau haramkan arak kat msia ni pun, kalau deme nk mentekedarah arak jgk, they know how to bring it in. X perlu la salahkan kerajaan kalau perangai umat tu sendiri mmg huduh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2021 07:32 AM | Show all posts
katup kilang arak,katup pusat judi,katup ladang babi,katup kilang rokok,katup semua yang tak berpaedah pada pandangan depa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
“Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian
—————————————
Kilang ketum tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pil kuda, segala tok nenek pil dadah pun haram juga.. Tapi bersepah jua kat kelantan? Lobai merapu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai malu la niii bila ada netizen cakap timah ni wujud bila parti lebai jadi kerajaan... diorg sendiri tak tau yg sebenarnya timah ni dah lama wujud.... selama ni balik2 bising pasal carlsberg... nampak sangat la mmg jenis tak cakna. Org highlight baru la perasan ada arak jenama timah. Mmg sejenis tak boleh jadi kerajaan. Cakap berdegar2 "bila pas jadi kerajaan akan...." satu hapah pun benda2 yg diorang kata nak buat tak buat pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2021 08:31 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-10-2021 04:32 PM

Kecoh dah lobai lobai bodoh semua tu pertikaikan kenapa arak menggunakan nama TIMAH dan siap berjanggut dan memakai kopiah
how to print screen on pc
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Akan ada polemik baru pengharaman penggunaan kalimah timah sebagai jenama produk non halal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-10-2021 08:31 AM
Kecoh dah lobai lobai bodoh semua tu pertikaikan kenapa arak menggunakan nama TIMAH dan siap berjang ...

Sudah sampai masa kerajaan menarik balik lesen timah kerana penjenamaan dan tanda dagang yang sangat mengelirukan. Jelas ini taktik halus mereka yg berniat jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-10-2021 08:31 AM
Kecoh dah lobai lobai bodoh semua tu pertikaikan kenapa arak menggunakan nama TIMAH dan siap berjang ...

Kenapa pulak nak keliru gambar depan tu terang2 bukan melayu isle.  Pengeluar pun dah bagitau.   Ingat derang je ke pakai kupiah dgn berjanggut?  Habis tu kalau gambar macam Lobai kat botol arak ummah2 isle akan berjemaah ke teguk sebab ada gambar macam org isle so halal?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 08:51 AM | Show all posts
Mudah sahaja solution dia. MP PAS usul pengharaman aktiviti penghasilan dan pengedaran arak di dewan rakyat. Bahas dan vote. Cukup dapat vote maka boleh tukar akta dan company tak boleh renew lesen dan akan tutup. Kalau tak cukup vote maka kena accept defeat. Kan mudah aje step dia. Tak payah buang masa nak berdrama di media.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Timah dah lama rancang . lebai pas je yg lalai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahah gasakkk lerrr kome
Selama ni buta atau pura2 buta
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pemuda lebai tak tahan telinga dengar sindiran ummah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nape pulak nk tutup..support la brg local..ada timah ke takde timah ke peminat whiskey tetap suka whiskey xkira lah muslim or tidak..
kalau timah tutup..dorg akan minum whiskey obersi jgk dan mensebabkan aliran wang keluar..dengan adanya timah blh le meningkatkan kadar wang aliran masuk..jd support brg local k
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-10-2021 08:31 AM
Kecoh dah lobai lobai bodoh semua tu pertikaikan kenapa arak menggunakan nama TIMAH dan siap berjang ...

Windows. Hit the PrtScn button/ or Print Scrn button, to take a screenshot of the entire screen: When using Windows, pressing the Print Screen button (located in the top right of the keyboard) will take a screenshot of your entire screen. Hitting this button essentially copies an image of the screen to the clipboard.

Lepas tu paste dalam Paint, save dan upload dekat imgbb.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074240 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list