CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Covid19 16/10/2021

[Copy link]
Post time 16-10-2021 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu 80 (68 )
Kota Belud 59 (50)
Ranau 52 (31)
Penampang 48 (17)
Keningau 38 (58 )
Tuaran 33 (42)
Kudat 32 (62)
Beaufort 31 (15)
Kota Marudu 29 (44)
Lahad Datu 28 (31)
Papar 25 (22)
Putatan 22(34)
Tenom 21 (50)
Pitas 19 (11)
Beluran 17 (18 )
Sipitang 15 (11)
Kinabatangan 14 (57)
Tawau 13 (24)
Sandakan 13(18)
Nabawan 12 (10)
Kuala Penyu 10 (1)
Telupid 9 (16)
Tambunan 8 (14)
Semporna 5 (4)
Kunak 5 (3)
Kalabakan 1 (1)
Tongod 0 ( 8 )


*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *( 15/10/2021 )*

*Kluster Baru*
        -Tiada-

*RUMUSAN HARIAN*
*(16/10/2021)*

*Secara keseluruhan jumlah kes baharu di Sabah hari ini adalah lebih rendah daripada kelmarin. Jumlah kes baharu yang didaftar ialah 639, penurunan sebanyak 81 kes berbanding jumlah kelmarin.*

*Daripada 639 kes tersebut, 350 (55%) adalah kes2 yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes2 yg didaftar lewat sekurang-kurangnya dua hari selepas keputusan saringan diketahui. Antara daerah yang terlibat ialah Kota Kinabalu yang mencatatkan 76 kes lewat didaftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui, Penampang 44 kes, Kota Belud 49 kes dan Papar 21.*

*Peratusan kes yang dianggap kes2 sporadik semakin meninggi, hampir 39% daripada kes keseluruhan. Kes2 sporadik biasanya berlaku kerana kelalian tidak mematuhi SOP semasa bergaul atau berada di khalayak ramai. Adalah dikhuatiri peralihan negeri Sabah ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional yg membenarkan lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi berkemungkinan akan meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik.*

*Adalah amat diharapkan keseluruhan masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua SOP yg berkuatkuasa bagi mengelak jangkitan virus Covid. Pembukaan semula sempadan daerah dan peralihan Sabah ke Fasa 3 PPN meletakkan tanggungjawab keatas setiap orang menjadi benteng barisan hadapan dalam usaha kita membenteras virus Covid.*

*Keberkesanan pengambilan vaksin dapat dilihat daripada kategori pesakit yang dilaporkan setiap hari. Mereka yang telah divaksin (lengkap) memiliki imuniti yang lebih tinggi dan kalaupun dijangkiti hanya akan berada dalam kategori pesakit 1 dan 2.*

*Hari ini cuma 2 orang pesakit dalam Kategori 5 dan 5 orang dalam Kategori 4. Pesakit2 dalam dua  kategori ini adalah mereka yang memerlukan penjagaan rapi kesan jangkitan virus Covid. Dalam masa yang sama mereka juga berkemungkinan mengalami penyakit2 lain atau belum menerima vaksin.*

*Cuma 3 orang dalam Kategori 3, 546 orang (85.5%) dalam Kategori 2 dan 56 orang (8.8%) dalam Kategori 1. Mereka dalam Kategori 1 lazimnya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan (asymptomatic) dan mereka dalam Kategori 2 pula mengalami simptom ringan seperti batuk, demam atau selesema. *




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053386 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list