CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Perlis] Reman empat suspek kes tetak dan bunuh jiran dilanjut

[Copy link]
Post time 15-10-2021 11:25 PM | Show all posts |Read mode
Reman empat suspek kes tetak dan bunuh jiran dilanjutAdie Sufian Zulkefli
Oktober 15, 2021 13:46 MYT



Majistret Mahkamah Kangar hari ini membenarkan lanjutan reman terhadap keempat-empat suspek lelaki berusia antara 39 dan 55 tahun selepas reman bermula 9 Oktober berakhir hari ini. - Foto Astro AWANI




KANGAR: Reman terhadap empat individu dilanjutkan sehingga 19 Oktober ini bagi polis melengkapkan siasatan berkaitan pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam kejadian di Kampung Guar Sabun, Kangar.

Majistret Mahkamah Kangar hari ini membenarkan lanjutan reman terhadap keempat-empat suspek lelaki berusia antara 39 dan 55 tahun selepas reman bermula 9 Oktober berakhir hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam 8 Oktober lalu, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum mengarahkannya menyerahkan wang sewa kepadanya.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew, berkata mangsa dipercayai tidak melayan permintaan lelaki itu kerana kebiasaannya sewa rumah dibayar kepada isteri suspek.
Suspek tiba-tiba berang lalu menetak cermin kereta mangsa yang diparkir di hadapan rumah.
Melihat suspek mengamuk, mangsa cuba menghampiri suspek dan secara tiba-tiba suspek menetak mangsa.
Isteri mangsa yang melihat suaminya sedang bergelut dengan suspek bertindak meminta tolong jiran untuk menangkap suspek.

Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap oleh jiran dan diikat sebelum ketibaan polis.
Katanya, pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar yang tiba kemudian mengesahkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, sudah meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa menemui dua kesan luka di bahagian kepala.
Polis telah merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066029 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list