CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 1

[Perlis] Ramai mula tidak patuhi lampu isyarat di Perlis

[Copy link]
Post time 15-10-2021 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Ramai mula tidak patuhi lampu isyarat di Perlis[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Oktober 15, 2021 @ 9:27ambhnews@bh.com.my


Salah sebuah simpang lampu isyarat di Perlis. - Gambar hiasan




KANGAR: Kesalahan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi lampu isyarat di negeri ini, menunjukkan peningkatan terutama selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata menerusi Ops Merah yang dilaksanakan bermula pada 28 September lalu, sebanyak 33 kes direkodkan berlaku di Perlis berbanding hanya 17 kes pada Selasa, lalu.

"Pada waktu ini juga terdapat pertambahan kenderaan dari luar yang berpusu-pusu masuk ke Perlis selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

"Ini menyebabkan kesibukan jalan raya dan ada pengguna mengambil kesempatan untuk tidak mematuhi lampu isyarat," katanya .

Beliau berkata demikian, selepas melakukan tinjauan dan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres di Terminal Bas Bukit Lagi, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah pada sidang media selepas melakukan tinjauan dan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres di Terminal Bas Bukit Lagi, di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan jumlah kesalahan berkenaan, lima jalan raya dikenal pasti sebagai laluan yang sering dijadikan pengguna jalan raya untuk tidak mematuhi lampu isyarat yang terdapat di kawasan berkenaan.

"Lima jalan raya di Kangar ini adalah Jalan Kangar-Arau (Jalan Tuanku Syed Sirajuddin), Jalan Kuala Perlis-Changlun, Jalan Raja Syed Alwi, Jalan Kangar-Alor Setar ( Jalan Tuanku Syed Putra) dan Jalan Behor Pulai.

"Jalan ini adalah jalan yang mempunyai lampu isyarat yang banyak dan disebabkan itu juga kita dapati pengguna jalan raya mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan terang-terangan tidak memberhentikan kenderaan mereka tatkala lampu isyarat bertukar kepada merah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku pertambahan kenderaan pada hujung minggu ini terutama kepada mereka yang ingin bercuti ke Langkawi menggunakan feri di Terminal Feri Kuala Perlis selain cuti sambutan Maulidur Rasul pada Selasa hadapan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 12:46 PM | Show all posts
saman jgn tak saman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056039 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list