CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 2

7 Petua Agar Daging Korban Kambing Cepat Empuk Dan Lembut

[Copy link]
Post time 15-10-2021 10:15 AM | Show all posts |Read mode
7 Petua Agar Daging Korban Kambing Cepat Empuk Dan Lembut


Kambing adalah salah satu haiwan ternakan yang kebiasaannya menjadi daging korban. Daging kambing juga antara yang sering dihidangkan semasa musim perayaan. Namun daging kambing biasanya akan mengeluarkan aroma dan mempunyai tekstur yang agak liat dan keras.

Sekiranya ia tidak dilakukan dengan cara yang betul, daging kambing akan sukar untuk dimakan.  Jadi, kami akan kongsikan dengan pembaca antara beberapa tips untuk mendapatkan tekstur daging yang lembut dan empuk. Jom kita tengok!

1. Lumur Daging Dengan Daun Ubi Kayu

https://murai.my/wp-content/uplo ... Daun-Ubi-Kayu-1.jpg
Menurut sumber yang kami dapat dari Kumparan, daun ubi kayu mengandungi enzim papain dan bromelain yang dapat membantu melembutkan protein sehingga dapat menjadikan daging kambing lebih lembut.

2. Lumur Daging Dengan Parutan Nenas


Anda juga boleh menggunakan buah nenas untuk melumur daging kambing kerana buah nenas mengandungi kandungan yang sama seperti daun ubi kayu dan sesuai untuk melembutkan daging kambing. Nenas juga dapat menghilangkan bau pada daging kambing.

3. Tidak Mencuci Daging Kambing


Kebanyakkan dari kita akan mencuci daging kambing untuk menghilangkan bau. Tahukah anda bahawa dengan mencuci daging kambing akan membuatkan teksturnya menjadi semakin liat dan keras. Cara potong juga harus betul dan elakkan dari meletakkan daging di atas tanah.

4. Lumur Daging Dengan Cuka



Selain dari daun ubi kayu dan nenas, daging kambing juga boleh dilumur atau direndam dalam larutan cuka agar daging akan cepat empuk.

5. Balut Daging Dengan Daun Betik Muda


Enzim yang terkandung dalam daun betik muda dipercayai dapat membuatkan daging kambing akan lebih cepat lembut.

6. Masak Daging Dengan Menggunakan ‘Pressure Cooker’


Alatan memasak juga antara bahan terbaik untuk mendapatkan daging yang empuk dan lembut. Jadi ‘pressure cooker’ antara salah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Selain itu, sebagai info tambahan, potong daging dengan cara berlawanan arah dengan ira uratnya agar tekstur daging tidak menjadi liat.

7. Pilih Bahagian Daging Yang Betul


ahagian daging kambing yang betul juga akan menentukan betapa lembutnya daging setelah dimasak. Ada kajian yang menjelaskan, daging kambing mempunyai kaedah pemprosesan yang berbeza. Contohnya, kaki kambing yang tidak mempunyai banyak lemak, sesuai untuk direbus atau dipanggang. Manakala daging di bahagian pinggang pula memerlukan masa yang lebih singkat untuk memasaknya. Ini kerana, daging pada bahagian ini sangat lembut dan sesuai dimasak seperti rebus, goreng atau bakar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan menjadi rujukan untuk anda mendapatkan daging kambing yang lebih empuk dan lembut dalam hidangan untuk juadah hari raya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber:https://murai.my/2021/118480/car ... ing-kambing-korban/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2021 05:50 PM | Show all posts
Beli jer meat tenderizer..tabur sikit lumurkan sikit pada daging

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg letak sudu tu how? Tak healthy ke? But daging empuk. Sgt tender mcm daging nasi arab. Tak liat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079010 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list