CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 1

Kehadiran Alexander Arnold suntik semangat Liverpool

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Liverpool: Liverpool bersedia untuk beraksi tanpa Alisson Becker dan Fabinho menjelang kunjungan ke Watford hujung minggu ini namun kehadiran semula Trent Alexander-Arnold mampu memberikan The Reds tonik terbaik memperkukuhkan bahagian pertahanan.

Pemain pertahanan The Reds itu tidak beraksi ketika menentang Manchester City dan FC Porto sebelum rehat perlawanan antarabangsa selepas mengalami kecederaan pangkal paha namun sekarang dia mampu untuk diturunkan apabila kembali menyambung latihan.

Kemampuan Alexander Arnold ketika set piece mampu memberi ancaman menjelang pertemuan dengan The Hornets, tatkala graduan akademi kelab berkenaan adalah pakar dalam situasi bola mati.

Setakat ini, Watford melepaskan empat gol berpunca daripada set piece menyertai Crystal Palace pasukan paling banyak bolos di Liga Perdana Inggeris melalui situasi bola mati.

Dari sudut melakukan serangan ketika dalam perlawanan, Liverpool sudah membuktikkan kehebatan mereka berbanding Watford yang berdepan dengan masalah berkenaan.

The Reds berjaya menggunakan situasi set piece dengan memperoleh lima jaringan, paling tinggi bersama Chelsea.

Sejak musim lalu, pasukan yang berpangkalan di Anfield itu berjaya memperoleh jaringan menerusi sepakan penjuru sebanyak 12 kali, paling banyak berbanding pasukan lain.

Dengan kehadiran Alexander Arnold ia mampu untuk menyalurkan peluang bagi membolehkan Joel Matip dan Virgil van Dijk menyempurnakan jaringan di dalam petak penalti.

Liverpool sudah pasti akan menjadi tumpuan Sabtu ini tatkala Watford bergelut dengan situas set piece.

Mereka sebelum ini tumpas 0-3 ketika berdepan Hornets di tempat lawan namun The Reds dilihat berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahan berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -semangat-liverpool
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2021 08:44 AM | Show all posts

ALEXANDER Arnold mampu mengundang bahaya buat pasukan lawan melalui situasi bola mati. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.074425 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list