CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 1

TFC asah taji tanpa 5 tonggak

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Terengganu bakal mengasah taji dalam tiga aksi persahabatan sebelum saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada hujung bulan ini.

Bagaimanapun aksi persahabatan skuad kendalian Nafuzi Zain itu tanpa kehadiran lima pemain tonggaknya iaitu Faisal Abdul Halim, Hakimi Abdullah, Ariff Fadzilah Abu Bakar, Muhammad Azam Azmi Murad dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, aksi pertama membabitkan pertemuan dengan Kelantan United FC (KUFC) pada Ahad depan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

"Aksi kedua pula akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 22 Oktober juga bertemu dengan KUFC manakala perlawanan ketiga menentang Kelantan FC sehari kemudian di Kota Bharu.

"Bagaimana Faisal dan Ariff Fadzilah tidak dapat diturunkan kerana masih dalam tempoh kuarantin selepas selesai tugasan bersama pasukan negara pada aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan minggu lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Muhammad Azam, Hakimi dan Nik Akif Syahiran bersama pasukan kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal beraksi di Mongolia," katanya ketika dihubungi.

Namun beliau menjelaskan ketiadaan lima pemain tonggak itu tidak menjejaskan persiapan pasukan sebaliknya ia memberi peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan dan bersaing dalam pasukan.

"Bukan kemenangan yang mahu dicapai dalam aksi persahabatan itu nanti, sebaliknya keserasian, persefahaman dan kombinasi terbaik adalah agenda utama selepas lama berehat kerana kalendar antarabangsa.

"Selain itu faktor kecergasan pemain begitu penting selepas berehat hampir sebulan tanpa adanya perlawanan kompetitif, jadi aksi persahabatan ini membolehkan jurulatih menilai tahap kecergasan pemain selain memberi minit bermain dalam usaha untuk mendapatkan kecergasan yang maksimum sebelum aksi sebenar nanti.

"Ketiadaan lima tonggak berkenaan juga bakal memberi peluang barisan kejurulatihan untuk menilai persembahan pemain lain dalam mengharungi baki perlawanan Piala Malaysia," katanya.

Selepas dua aksi awal saingan Piala Malaysia Kumpulan B, skuad Penyu kini mendahului carta kumpulan dengan mengumpul enam mata selepas berjaya menumpaskan Kuching City FC (KCFC), 2-0 dan Selangor FC 2-1.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aji-tanpa-5-tonggak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2021 08:43 AM | Show all posts

PEMAIN TFC giat menjalani latihan menjelang baki saingan Piala Malaysia yang bakal bersambung pada hujung bulan ini. FOTO Ihsan TFC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.314465 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list