CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 1

Hernandez diperintah hukuman penjara

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Madrid: Mahkamah di Madrid memerintahkan hukuman penjara kepada pemain Perancis dan Bayern Munich, Lucas Hernandez kerana melanggar perintah larangan yang dikenakan pada 2017.

Hernandez yang juga pemenang Piala Dunia 2018 diperintahkan untuk hadir di mahkamah Selasa depan tetapi dia akan merayu terhadap hukuman itu.

Dia diberi masa 10 hari bermula 19 Oktober untuk datang ke penjara 'secara sukarela'.

Di Sepanyol, hukuman kurang daripada dua tahun biasanya tidak akan dihantar ke penjara, tetapi dalam kes ini yang juga kesalahan berulang, Hernandez diperintah menjalaninya.

Pemain berusia 25 tahun itu ditangkap empat tahun lalu kerana melanggar perintah mahkamah yang melarangnya bertemu pasangan selepas kes jenayah membabitkan kedua-dua mereka.

Pada Februari 2017, Hernandez ditahan selepas teman wanitanya ketika itu dibawa ke hospital kerana kecederaan kecil selepas pergaduhan antara mereka.

Hernandez berada di dalam skuad Perancis yang memenangi Liga Negara-Negara hujung minggu lalu.

Dia menjadi pemain termahal dalam sejarah Bundesliga selepas menyertai Bayern dari Atletico pada 2019 dengan nilai €80 juta (RM385 juta).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tah-hukuman-penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2021 08:41 AM | Show all posts

HERNANDEZ ditangkap empat tahun lalu kerana melanggar perintah mahkamah yang melarangnya bertemu pasangan selepas kes jenayah. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056909 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list