CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 1

Juara Terbuka AS tersingkir di Indian Wells

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Indian Wells: Penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Daniil Medvedev tersingkir di Masters Indian Wells di pusingan keempat selepas tumpas kepada pilihan ke-23, Grigor Dimitrov 6-4, 4-6, 3-6.

Medvedev, yang memenangi Grand Slam pertamanya bulan lalu di Flushing Meadows, tidak pernah tumpas dalam sebarang set menuju ke pusingan keempat namun kali ini dia kalah dalam lapan permainan berturut-turut ketika disingkirkan Dimitrov.

Pemain nombor dua dunia ini tidak berehat selepas merangkul kejuaraan Terbuka AS dan berkata jadual padat akhirnya memakan dirinya.

"Saya memang rasa letih dalam kejohanan ini. Sekarang saya harus mengakuinya. Saya tidak boleh berkata sedemikian sebelum perlawanan.

"Ada beberapa faktor fizikal yang menyelubungi," kata Medvedev yang berharap dapat memintas Novak Djokovic selaku pemain nombor satu dunia.

Medvedev berjaya memenangi set pertama dan mendahului 4-1 di set kedua dan kelihatan mampu mencatatkan satu lagi kemenangan mudah namun unforced errors dan pukulan servis tidak menjadi memakan dirinya.

"Jika dia bermain seperti ini, terutama ketika saya mendahului 4-1, dia akan muncul juara. Dia beraksi dengan baik di set kedua berbanding dengan pemain lain yang pernah berdepan dengan saya di Terbuka AS. Saya bukan senang-senang memberikannya kemenangan," kata Medvedev.

"Semuanya menjadi. Ia sangat luar biasa," kata Dimitrov.

Dimitrov akan berdepan pilihan kelapan dari Poland, Hubert Hurkacz di suku akhir selepas pemain berkenaan mengetepikan Aslan Karatsev dari Russia 6-1, 6-3.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kir-di-indian-wells

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2021 08:07 AM | Show all posts

MEDVEDEV akui kepenatan selepas muncul juara Terbuka AS bulan lalu. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052195 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list