CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Perlis] Raja Puan Muda Perlis dilantik semula Pro Canselor UniMAP

[Copy link]
Post time 14-10-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Raja Puan Muda Perlis dilantik semula Pro Canselor UniMAP
| | 14 Oktober 2021


Pelantikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai Tuanku Pro Canselor UniMAP disambung untuk tempoh lima tahun lagi iaitu hingga Disember 2026. - Foto FB Universiti Malaysia Perlis


ARAU - Pelantikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai Tuanku Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disambung untuk tempoh lima tahun lagi iaitu hingga Disember 2026.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP menyampaikan watikah pemasyhuran itu di Auditorium Bangunan Canselori UniMAP, Kampus Alam di Pauh Putra dekat sini pada Khamis.


Naib Canselor, Profesor Dr Zaliman Sauli dan Pendaftar UniMAP, Mohd Saad Din turut hadir bagi menyaksikan istiadat itu.


Pelantikan itu dibuat atas cadangan Senat Universiti dan telah diperakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.


Tuanku Hajah Lailatul Shahreen mula dilantik sebagai Pro Canselor UniMAP sejak Mac 2009 dan berperanan mewakili Canselor mempengerusikan Istiadat Konvokesyen atau menghadiri mana-mana majlis rasmi atas jemputan universiti.


Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah, baginda berdua akan memberikan komitmen sebagai Canselor dan Pro-Canselor untuk terus memayungi UniMAP, sekali gus memberi sokongan serta dukungan yang tidak berbelah bahagi agar universiti itu terus menyerlah di persada nasional dan antarabangsa. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Pro-Canselor-UniMAP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.092444 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list