CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 15

politik oh politik

[Copy link]
Post time 7-8-2010 12:24 PM | Show all posts |Read mode
sejak akhir-akhir ni aku jadi makin heran dan pelik.bukan saja di TV dan di surat khabar malah internet jugak asyik bual pasal perubutan kuasa, kongsi kuasa, jawatan, pilihanraya dan sbgainya. ada juga perang parti politik. ada saja yg tak kena. pelbagai isu digunakan utk jatuhkan lawan.

aku tak pilih mana2 parti poltik tapi aku memilih dan masih mencari seorang wakil rakyat yg mana kepentingan individu di buang jauh tpi kepentingan rakyat dia dahulu kan...bukan hanya slogan yg di cari tpi realiti tu masih ku tagih.

kecewa dan sedih melihat akhbar skrg yg byk memperkatakan tentang perebutan kuasa, kutuk mengutuk, hina menghina. kenapa akhbar tan melaporkan masalah rakyat???kan byk masalah yg boleh di bawa. biar semua menteri dan wakil rakyat tgk dan turun pdang. bukan hanya sewaktu pilihanraya saja wakil2 rakyat ni turun.

TV jugak tak terkecuali, berita digunakan sbagai medan utk melaga-lagakan orang dan parti. TV byk melaporkan tentang berita yg tak da kepentingan kpd rakyat. TV spatutnya melaporkan berita dan masalah rakyat yang mana semua itu boleh membawa kpd kebaikan utk rakyat.jgn jadi katak di bawah tempurung.rakyat skrg sudah pandai menilai baik dan buruk, yg mana intan atau kaca, tinggi dan rendah, hitam dan putih.

yg pelik jugak kenapa wakil2 rakyat atau menteri tunggu wartawan melaporkan masalah rakyat then baru nak ambik action, baru nak g melawat dan tgk masalah ni. sblum tak tau ka masalah rakyat?tak pernah turun padaang ka? takkan turun pdang time pilihanraya saja.

ada wakil parti tu, masa pilihanraya sipa bawa doktor g rumah ke rumah cari pesakit.alangkah baiknya kalau aktiviti tu diteruskan selepas menang pilihanraya.tapi mimpi tinggal mimpi la..

aku selalu berbual dgn kawan dan org2 tua yg aku jumpa. satu soalan yg selalu di perkatakan, kenapa public transport kita tak di baiki dan di naik taraf. memang mengecewakan klu tgk public transport. rakyat sure akan guna public transpor klu ia ok dan memudahkan rakyat. ini salah satu nak elak kesesakkan. msa raya, klu public transport ok sure rakyat pilih public transport. aku pun nak ja naik public transport klu ia ok , senang, mudah dan cepat.


tolong dan aku harap sgt kat semua wakil2 rakyat. jgn hanya buat keja klu dah ada org highlight dan turun la tgk rakyat, masalah kami. tolong la dengar.jgn fikir jawatan sbb kamu semua la insan yg pertama yg akan di soal di akhirat kelak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 10:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by kamikazebelacan at 8-8-2010 22:21

baru baru ni kebetulan aku singgah di salah satu cawangan Darussyifah. sambil aku menunggu turn aku untuk di panggil, aku terlihat ada satu surat khabar berhampiran tempat duduk aku, kalo tak silap SINAR KEADILAN...(kalo aku tersilap letak nama akhbar tu tolong betul kan ek..).  MasyaAllah...apa yg betul2 membuat aku terkezuuut beruk ialah disetiap muka surat khabar tersebut hanya mengutuk UMNO dan BN. takde plak aku tengok berita selain dari mengutuk parti lawan...dan tak de plak aku terlihat satu pun artikel yang melihatkan pembangkang sedang berusaha atau tengah mengusahakan sesuatu yang baru atau sesuatu tentang rakyat. itu lah, bagi aku politicians sumer same same. they only fight for themselves and  their interest!


tu pasal aku malas dan dah naik mual dengan senario politik MALAYSIA hari ini..{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 10:20 PM | Show all posts
Dah nama suratkhabar politik... lain lee kalau dapat buat akhbar harian macam UTUSAN, METRO, BERITA HARIAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 07:38 AM | Show all posts
Reply 2# kamikazebelacan


    aku setuju tu..kalau beli akhbar pembangkang , kutuk UMNO and BN. beli akhbar biasa pulak kutuk pembangkang. kenapa la tak da yg nak cerita msalah rakyat, keperluan rakyat, kemajuan bandar dan kampung2.pelik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 07:41 AM | Show all posts
Reply 3# alhaj72


    kuasa tu hanya di  dunia...aku cuma harap semua berubah dan akhbar2 harian pulak melaporkan masalh dan kesusahan rakyat . kemajuan dan keperluan rakyat perlu di utama. kan sekrang byk masalh rakyat, kerajaan sepatutnya bekerja keras menanganinya. pembuangan bayi, anak luar nikah, kes bunuh smakin hari smkin meningkat...



aku cuma harap semua berubah dan melaksanakn sesuatu utk kebaikan rakyat dan malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 11:20 AM | Show all posts
Reply 6# bangcak


    akhbar harian pun mcm2 cite politik n kutuk mengutuk kuar..sedeh tull
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2010 11:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 9-8-2010 11:34

i rasa kalo ada kesilapan dlm parti pemerintah, parti lain patut tegur melalui akhbar politik. yg i pelik bila parti pemerintah tersekat dari batas2 kuasa, raja2 melayu yg jadi sasaran. ugutan di buat melalui akhbar harian.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 8# bangcak


    salah dan memimpin lain tegur bukan kutuk...kita sama2 improve. aku cuma risau kita tak jadi negara maju 2020.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 12:20 PM | Show all posts
kesian...
aziz bari jugak yg dituduh derhaka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:18 PM | Show all posts
welcome to the world....salahkan anwar ibrahim dalam hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:38 PM | Show all posts

ni la politik di malaysia....sama sahaja...cuma sikap mengadu domba yang saya benci padahal benda yang sama berlaku di dalam parti yang memperjuangkan Islam jugak..ada ke nak bagi ceramah pun nak buat bantahan sbb budaya cantas mencantas nie...jadi bukak mata bukak minda ini bukti yang nyata...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:48 PM | Show all posts
apa kejadahnye nak sama kn akhbar politik ngan akhbar harian.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 03:16 PM | Show all posts
tak leh baca la bro..xclear
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 04:19 PM | Show all posts
ala xclear ke kalau nak lebih clear leh rujuk kat blog nie...

http://screwkuat69.blogspot.com/ ... 3A29%3A00%2B08%3A00
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 05:10 PM | Show all posts
cer sendiri tengok...tak habis lagi cerita pasal altantuya, cerita plak pasal beli cincin jota2..tak habis lagi, cerita plak anak joli sakan diAustralia...pun tak habis lagi fitnah2 tu semua...pi plak kutuk Najib Rosmah tunaikan haji.

Naik Haji pun sanggup depa politikkan...apa lagi agama depa pun sudah tentulah sanggup lacurkan....tulah politik..hairan ke?.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 05:10 PM | Show all posts
cer sendiri tengok...tak habis lagi cerita pasal altantuya, cerita plak pasal beli cincin jota2..tak habis lagi, cerita plak anak joli sakan diAustralia...pun tak habis lagi fitnah2 tu semua...pi plak kutuk Najib Rosmah tunaikan haji.

Naik Haji pun sanggup depa politikkan...apa lagi agama depa pun sudah tentulah sanggup lacurkan....tulah politik..hairan ke?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.196966 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list