CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4677|Reply: 62

Dua beradik dilarikan trauma 90 minit

[Copy link]
Post time 28-7-2010 08:18 AM | Show all posts |Read mode
TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, Siti Haida Dzulkapli, 6, dan kakaknya, Nurul Fatin Farhana, 17, berada dalam kereta itu manakala bapa mereka, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, yang juga Penolong Pegawai Memerintah 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur serta ibu mereka, Fauziah Saafie, 41, berada dalam kedai gambar berkenaan.

Tiba-tiba, tiga suspek meluru ke dalam kereta Honda Accord itu dan melarikannya bersama dua beradik berkenaan sebelum meninggalkan mereka di satu kawasan sunyi di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka dilarikan, satu setengah jam kemudian.

Nurul Fatin Farhana yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, sebaik memasuki kereta, seorang daripada suspek yang duduk bersebelahannya di bangku belakang memegang kuat tangan dan mencekik lehernya sambil memberi amaran supaya tidak menjerit.

Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya tidak cuba melarikan diri kerana ketika itu adik sedang nyenyak tidur dan bimbang sesuatu terjadi jika saya meninggalkannya bersendirian.

Saya hanya mematuhi arahan penjenayah dan pada ketika itu perkara paling saya takuti kemungkinan dirogol, tetapi saya bersyukur tidak diperlakukan begitu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, semalam.

Nurul Fatin Farhana berkata, sebelum ditinggalkan di satu kawasan gelap dan sunyi di tepi jalan, dia ada mendengar perbualan seorang penjenayah meminta rakannya tidak meninggalkan kami dua beradik terlalu jauh.
Sebelum turun kereta, adik terjaga daripada tidur. Sebelum meninggalkan kami, penjenayah memberikan saya RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.

Apabila keluar daripada kereta saya melihat jam 11 malam. Saya dan adik mundar mandir di kawasan itu sebelum seorang lelaki menghampiri kami dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum menghantar kami ke balai polis berhampiran, katanya.

Nurul Fatin Farhana berkata, dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya serta alat sistem pengesanan global GPS milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan, kereta dilarikan itu ditemui di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi semalam.

Sementara itu, ibunya, Fauziah Saafie, 41, berkata kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan suami supaya tidak meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup



semalam memang aku ada dapat sms berantai pasal kes nih...mujur selamat...moral of the story...jangan tinggalkan anak2 dalam kereta dengan tidak berkunci..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 08:24 AM | Show all posts
erkk nasib baik tak kena rogol..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 08:27 AM | Show all posts
kira ada la sikit perasaan hati perut pencuri nih...
siap bincang jangan tinggalkan jauh2 budak2 nih...bagu duit rm10 dengan torchlight...
mujur selamat anak2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:30 AM | Show all posts
mujur la selamat..kalau tak menyesal gler la mak pak depa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:32 AM | Show all posts
HEHEHEH... ALHAMDULILLAH
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:44 AM | Show all posts
Nasib baik x kene rogol.. Patut kunci keta tu dari dalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 08:49 AM | Show all posts
TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarika ...
dainese Post at 28-7-2010 08:18


Ibu bapa.. kena hati2 bila meninggalkan anak2 dlm kereta..

Kena pasang anti hijack... immboliser... without card... kereta tak pergi jauh... tak sampai seminit enjin dah mati..

kalau tak matikan injin, bawa kunci kereta tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:49 AM | Show all posts
aku kekadang ada gak tinggalkan anak2 dalam keter yg enjin masih idup masa nak gi kedai ke aperr.. tapi tiap kali buat macam tu, aku akan pastikan anak2 aku kunci keter tu dari dalam... maknanya kalau orang tetiba nak serbu masuk tu memang tak boleh lerr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 08:49 AM | Show all posts
kira ada la sikit perasaan hati perut pencuri nih...
siap bincang jangan tinggalkan jauh2 budak2 ni ...
dainese Post at 28-7-2010 08:27



Perompak ni belum cukup jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:50 AM | Show all posts
kalo la kene rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:53 AM | Show all posts
sy pun salu tinggal dlm kete tapi sy make sure depa lock dari dlm. depapun dah tau, sy keluar je, otomatik kunci pintu. walau keluar utk beberapa saat sekalipun.

depa ingat kuala selamat ker? semua tempat ada penjenayah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:53 AM | Show all posts
mujur la budak ni selamat......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:53 AM | Show all posts
sbb tu lah asben aku slalu suh aku kunci kete dari dlm wpun sggh ke kedai .. takut kes mcm ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:57 AM | Show all posts
aku salahkan mak bapak budak2 tu...memang bodoh...................bangang betul...:@

bena x kan tgglkan anak w/pun nk g cucuk duit kat atm sekejap pun.benda nk jadi kite x taukan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 08:59 AM | Show all posts
huuu takutnyeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:02 AM | Show all posts
aku salahkan mak bapak budak2 tu...memang bodoh...................bangang betul...

bena x kan t ...
ribena84 Post at 28-7-2010 08:57



tuh la..tapi dia cakap, benda tuh akan menjadi pengajaran dalam hidup dia..maybe selama nih dia selalu buat camtuh...dan dia x sangka kat kuala kangsar yg disangka aman damai, depan kedai gambar yg memang x kan tepikir ada org2 jahat gitu boleh jadi kes gini...
so, org jahat berada kat mana2 je..kena hati2 lepas nih...akupun kalau kluar kete, suruh wife kunci..selagi x kunci selagi tuh aku x blah dari pintu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 09:06 AM | Show all posts
tuh la..tapi dia cakap, benda tuh akan menjadi pengajaran dalam hidup dia..maybe selama nih di ...
dainese Post at 28-7-2010 09:02


tau pun..sib baik ank x mati@kene rogol


belajar dari kesilapan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:08 AM | Show all posts
Penjenayah ader dimana2...

patut ler kat HotFM tadi , Farah ada call budak ni..tapi tanya soalan entah aper2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 09:10 AM | Show all posts
Penjenayah ader dimana2...

patut ler kat HotFM tadi , Farah ada call budak ni..tapi tanya soalan  ...
Tirana. Post at 28-7-2010 09:08



yeke..apa soalan farah tuh tanya gamaknye??
sure soalan tahap bodoh bangang tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 09:14 AM | Show all posts
mujur lar semuanya selamat. at least penjenayah tu ada rasa kesian kt budak2 tu..siap tinggalkan sepuluh ringgit buat tambang balik rmh. bagi lampu suluh lagi..kut budak2 tu takut duk dlm gelap. yg paling bagus..bagi balik kunci rmh. maknanya dia org nk kan kereta tu ajer. tak ada plan nak g rompak rmh org pulak~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069125 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list