CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tecito

Bina tembok sempadan jiran?

  [Copy link]
Post time 8-8-2010 02:50 PM | Show all posts
Reply 41# neotoxin


btuah la bdn kalau camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 02:55 PM | Show all posts
bila dah baca semua luahan kat sini takut gak rasa..rumah sy mgkin siap tahun dpn..semi d claster...canmna la gamaknya jiran2ku nnt.harapnya semua ok2
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 08:35 PM | Show all posts
Reply 84# hatafya


    setuju la hatafya, saya pun jenis tak suka tgk kain bersidai2..... mcm saya belakang luas 20kaki. 10 kaki dah panjangkan buat dapur... so ada 10 kaki lagi... tembok memang jenis separuh concrete separuh besi.... yang lebih 10 kaki tu saya buat atap, siap bubuh tiles (10 x 10) cadangnya tempat lepak2 sebelah petang sambil minum2 kopi.... konon lah... tapi tu la, jiran boleh buat penyidai kain, dari tembok rumah saya tu dia ikat dawai penyidai hinggalah tembok rumah sebelah dia. ada 3 dawai melintang. saya tak la kisah.... tapi yg buat tak sedap mata tu, semua sotong kering, ikan kering berjemur kat situ... bukannya sedikit tapi byk lak dulu.... saya pula yang malu memandang
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 08:59 AM | Show all posts
kita dlm proses beli umah secondhand je, gi tengok umah tu, mak cik sebelah dah buat pagar batu tapi x bestnya dia batu sekali tiang pagar besi umah saya tu, abis tu mcm mana tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 09:06 AM | Show all posts
kalau korang tepek gambor tembok2 yg tak senonoh tu best jugak tgk & komen
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 09:08 AM | Show all posts
setelah baca komen dan pengalaman kawan2 kat sini... sabtu lepas masa tengok progress reno saya pun sembangle dgn jiran sebelah... ingatkan nak bagitahu pasal dinding rumah saya yg share dgn dinding rumah dia tu saya akan mintak kontraktor buat elok2... tup tup dia pulak yg cakap dia pun nak tarik habis belakang rumah dia utk besakan dapur dia dan dia cakap dia pun guna kontraktor saya... so selesai masalah...  saya tak tahupun kontraktor saya ni buat reno rumah dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2010 11:37 AM | Show all posts
cite aku lak pasai buat tembok ni.. sblh rmh aku ni blh kiri tuan rmh cina tapi bagi sewa kat org mynmar. blh kanan makcik tua dgn anaknye. memula aku ada ckp la nak buat tembok blh dia tu tgh2.. lps tu ada tiang tgh kene buat sbb rmh aku ada tiang kat tgh2 so tak boleh nak masuk 2 kete. jadi ubah tiang ke tepi. buat tiang kena mkn sikit la kwasan dia.

dia ckp dialognye begini ye " hmm.. buat la. tak kisah masuk sikit jer"..
tup2 time kontraktor tu dtg nak buat dia sound kat diorang "ha buat jgn nak masuk kawasan aku". terus bila kontraktor tu call aku hangin satu badan.  terus sampai ari ni aku tak sembang dgn org tua tu. dia tegur aku sahut jer. tanye "g keje ke" aku ckp "ye le makcik" dlm ati aku ckp "keje le..takkan nak membajak lak kot"... hangin aku..

sudahnye tembok pagar buat belah aku jer. kira 50% kawasan aku. aku cadang taknak plaster blh dia tu.lps tu terus naikkan bata sampai atas. tapi hubby ckp tak baik buat camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:05 PM | Show all posts
dah 10 thn dok rumah tu tahun ni baru tergerak nak renovate
tu pun posal jiran jiran dok cakap kamini kerja dua org tapi nak buat rumahpun tak mampu.
masa renovate,  tembok jiran tu aku tutup habis ,
bukan apa aku tak tahan jiran aku tu bila sidai bajuje leher panjang je jengok rumah aku,
sampai anak aku makan tengahari lauk apa pun dia tanye , ingat aku tak bagi anak aku makan kot .
bila aku dah renovation rumah dia mula masam muka , nampak sangat bengang
hari hari aku tgk dia basuh simen dia dgn muka muncung . kononnya berdebu kot .
dulu masa dia buat pagar rumah dia , aku pun tak kisah . tu kau punye rezeki kau buatlah
aku belum ada rezeki lebih aku diamkan aje .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 02:33 PM | Show all posts
geram....geram betul dengan jiran tak berhati perut. :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 08:28 AM | Show all posts
Anis tak berminat pula area begitu, lagipun area2 orang kaya byk duit jer akan beli rumah area b ...
AnisSuraya Post at 30-7-2010 17:30



    salah tu anis....bukan yang kaya..Yang pentingkan keselamatan..Dari dulu lagi, saya cari rumah yang guarded and gated,  Rasa selamat sikit..Walopon bulan bulan kena bayar maintaince fee, tapi persekitaran amat terjaga dengan pokok pokok dan landscaping yang cantik, teruja untuk balik rumah cepat cepat..

Pengalaman kami tak pernah dapat jiran yang weird. Masa mula2 kami kawen, sewa apartment dapat jiran melayu, baik je..
Pindah rumah sendiri, rumah yang ada pagar setinggi lutut, kiri dan kanan cina. Dua dua educated dan profesional, so tak de problem..Tapi Kami buat pagar kayu jati, nak cover sikit lah..bukan apa, jiran cina yang selang 2-3 buah rumah, selalu semabahyang pagi2 kat parking lot..so asap sampai parking rumah kami...Lagi satu, cina sebelah kiri, anak dara yang duduk sorang sorang, kadang kadang dia berkebun, pakai seluar pendek, nanti tertengok, kurang pahala puasa aku kan..

pernah berlaku,  selang 2-3 buah rumah masa tu, makcik dari kelantan beli rumah. Dia ketuk untuk renovation  tak kira sabtu ahad. Dia buat macam rumah kat kampung dia..Satu hari guard pergi sound, boleh dengar dia sound balik...Katanya.." Aik, aku nak renovate rumah aku sendiri pon tak boleh.." Lps tu akui dengar guard bagi khutbah,,

Jiran sekarang, kanan india, tapi tanah dia besar dan luas, jarak jauh dari rumah kami..mula2 risau gak, takut dia buat tempat sembahyang tepi pagar ke, nanti asap busuk masuk dlm rumah kami, tapi nampak nya tak de kot. dan dia buat Patio macam kami gak..Dan india pon, india yang educated, anak2 dia macam org Hindustan..kulit pon cerah..

Jiran kiri, masih kosong, tuan rumah melayu, may be dia beli rumah untuk dijual kot..tunggu je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 09:33 AM | Show all posts
macam2 perangai jiran.. saya masa renovate rumah kiri kanan jadi pagar tembok batu tapi tak tinggi sangat sebab jiran2 saya ni alhamdulillah, baik2.. kami suruh kontraktor plaster kedua2 bahagian dan cat juga... bahagian belakang pun mcm tu. So far tak ada masalah dgn jiran kiri dan kanan.. syukur sangat2 mereka ni jiran yang baik walau jarang berbual2 sebab sibut bekerja.. Kami tak minta pun jiran share cost sebab tak apalah... tak nak berkira sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by maizana at 12-8-2010 08:18
Jika anda membina tembok bersempadan dengan jiran anda...samada tembok porch ke, pagar ke, dapur ke. ...
tecito Post at 27-7-2010 16:10



Sepatutnya anda berada di kategori A... sebab anda yang nak buat...jiran I.. yang kanan buat pagar batu.. sebelah I pun dia finish cantik.. cuma dia tak cat lah... sebelah kiri I pun sama.. buat tembok kat sebelah belakang... so dia finish cantik kat sebelah I... kira I agak beruntung lah...

Tapi I buat kolam Ikan... water cascade tu cuma ada sebelah I jer.. sebelah jiran hanya tembok..

I dah ada cadangan nak buat apa dengan tembok solid jiran I tu... I nak letak para2 untuk letak small flower pot... dan I nak beli baru2 ukir... dan tampal kat dinding solid tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:09 AM | Show all posts
sapa nak halang view rumah jiran without tembok batu, just guna pokok, boleh view my house yang tengah buat landscape..

http://mforum4.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=40
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 03:37 PM | Show all posts
jgn jadi camni sudahlah... ngeri tul... apa punya jiran ntah....

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

(warning: ada gambar ngeri)
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 03:48 PM | Show all posts
semalam dah ada citer jiran mati kena parang sebab tak puas hati reno umah masuk kawasan  umah jiran...


Warga emas maut ditetak jiran
PELABUHAN KLANG 12 Ogos - Kebiasaannya kes pergaduhan melibatkan golongan muda tetapi lain pula berlaku di sini, apabila seorang warga emas yang tidak berpuas hati menetak sehingga mati jirannya, juga warga emas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi, di No. 13A, Jalan Sekolah di sini, ketika mangsa, Teo Chai Hock, 70, baru pulang ke rumahnya tersebut dengan menaiki motosikal selepas berjoging.

Chai Hock tiba-tiba diserang oleh suspek yang berusia 64 tahun sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala, muka dan tangan.

Pengawal keselamatan, M. Ramayee, 29, yang berada di kawasan sekolah berdekatan rumah mangsa berkata, dia menyedari kejadian tersebut apabila terdengar bunyi bising.

Katanya, dia kemudian keluar dari pintu pagar sekolah dan melihat suspek sedang menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan parang.

"Saya lihat mangsa cuba tepis dengan tangan selepas dilibas parang dan lepas itu mukanya pula dilibas parang sebelum mangsa rebah.

"Saya hanya mampu melihat dan tidak berani buat apa-apa kerana dia ada parang," katanya yang baru tiga bulan bekerja di sekolah tersebut ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pergaduhan antara mereka berdua telah berlarutan terlalu lama.

"Kemuncaknya kira-kira setahun lalu. Sebelum ini pintu pagar kami yang baru siap masuk sedikit ke dalam kawasan rumahnya.

"Dia mengamuk tak puas hati dan memarahi keluarga kami. Sejak itu kami tak bertegur sapa," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berikutan itu, pihaknya telah meminta maaf dan membaiki pintu tersebut tetapi jiran mereka tersebut masih tetap tidak berpuas hati.

"Malah malah bunyi anjing menyalak dan air siram pokok bunga pun dia dah melenting," katanya lagi.

Difahamkan ketika kejadian, isteri mangsa berada di rumah manakala empat anaknya keluar bekerja, namun dia tak mampu berbuat apa-apa kerana uzur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, pihaknya menemui sebilah parang yang disyaki digunakan suspek.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian si mati baru pulang ke rumahnya manakala suspek ketika itu sedang memotong pokok di halaman rumah.

"Sebaik sahaja melihat mangsa, dia terus meluru dan menetak mangsa sebelum menyerah diri di Balai Polis Pelabuhan Klang," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ditanya sama ada mangsa mempunyai masalah mental beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 04:27 PM | Show all posts
umah akan siap dlm bukan 10 or 11 ni... harap2 la jiran sume ok..
kalau x, letih la hidup nak melayan karenah dorang je... huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 04:33 PM | Show all posts
kdg2 tak faham dengan kerenah jiran ni kan....tapi yer lah, lain orang lain ragam..harap2 my jiran nanti semuanya ok lah hendaknya...golongan educated professional, takkan nak berperangai cam budak2 tadika kan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:39 PM | Show all posts
golongan educated lagi canggih kalau gaduh... sampai masuk mahkamah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 01:42 PM | Show all posts
ada sape2 yang leh rekemenkan contractor utk wat tembok umah ni...?
tgh survey2 harga ni.. umah kat salak tinggi..
harap2 ada yg sudi membantu utk rekemen kan contractor yang reliable n murah harga nye.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 01:43 PM | Show all posts
ada sape2 yang leh rekemenkan contractor utk wat tembok umah ni...?
tgh survey2 harga ni.. umah kat ...
entrepreneur_78 Post at 17-8-2010 13:42


salak tinggi taman apa ek?member minah ada 2-3 rumah area sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.228578 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list