CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tecito

Bina tembok sempadan jiran?

  [Copy link]
Post time 30-7-2010 05:13 PM | Show all posts
Mula2 saya nak buat tembok gak (ada part yang developer dah  pasang tembok) tapi memandangkan alam s ...
kirawang Post at 30-7-2010 16:13


suka sangat ngan umah yg bertembokkan pokok2..

sejuk je mata memandang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 05:30 PM | Show all posts
Next nanti, anis beli rumah gated dan guarded ..
sure , benda benda tu takan berlaku lagi...
...
kirawang Post at 30-7-2010 04:10 PM


Anis tak berminat pula area begitu, lagipun area2 orang kaya byk duit jer akan beli rumah area begitu...anis tak mampu....next nanti, anis plan nak beli tanah dusun, nak buat rumah kecil kat situ...anis suka duduk area yang begitu...kalau jiran perangai tak baik..anis tetap akan layan dengan baik...tidak sama sekali anis akan balas setiap perbuatan mereka tu...yang penting, anis dah jaga adab2 berjiran...jiran2 anis rumah sekarang ni sebenarnya ok dan friendly cuma biasalah kan...terlepas sikit perangai tak eloknya sekali sekala...anis sentiasa maafkan yang terlebih dan terkurang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 06:21 PM | Show all posts
kawan aku duk gated area, rumah tgh-tgh. jiran dia dua-dua belah jadikan tembok pagar tempat taruk kasut. dahla kasut tu dia sangkut kenalah side tembok jiran aku. bukan satu dua.. tapi sampai habis tembok batu. dua-dua jiran lak tuh. kesian member.dah la kasut tu ada bau . investla duit beli rak kasut. aku geram jer nak amik gambo buh dlm nih, tapi laki cakap, itu dah kira stalking.. ahaksss
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 06:56 PM | Show all posts
takut plak dengar cerita macam gini....
aku buat pagar tengah2... diorang senyap aje.....
ok kot.. ...
actza Post at 30-7-2010 14:58



Samalah kita, Intan pon harap mereka ok dengan tembok yg Intan buat tu...huu huu . Mmg dah plaster dan cat sekali bagi sama cantek.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 07:12 AM | Show all posts
akak... nanti kita beli tanah sama2 nak.... dah rikee area bangi lama/baranang...
memangh hajat nak buat umah atas tanah sendiri.... senang.. boleh tanam pokok nangka banyak2... hehehhe nak gunakan kelebihan gov loan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2010 02:52 PM | Show all posts
akak... nanti kita beli tanah sama2 nak.... dah rikee area bangi lama/baranang...
memangh hajat nak ...
actza Post at 31-7-2010 07:12 AM


boleh gak tu...tapi bagi ler akak dgn cik abang bernafas dulu...loan gomen pun lum guna lagi nih...tapi kalau dapat berjiran dengan semua geng2 ina...best kan...tiap2 petang pot pet pot pet...gossip sambil minum tea O makan karipap pusing...   Ada gak riki2 kat bangi lama/beranang area tanah dusun...bila musim buah semua geng kumpul...bestnya kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2010 03:31 PM | Show all posts
Reply 60# dealova77


    hmm tu la kan...nasib la kalau dpt jiran yg jenis tak boleh tolak ansur
mcm kes kawan dea ni nampak beno egonya...siap buat lebih tinggi satu kaki tu ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 06:28 PM | Show all posts
Macam Meya pulak..jiran sebelah sebelum start cabut2 tak bagitau pun kami. Tapi at last dia call..sebab ada tinggalkan no phone kat kontraktor rumah dia tuh.

Memang jenis boleh bertolak ansur ler..memandangkan diorang sibuk ada dia minta kontraktor tuh straight tanya apa kitorang plan nak buat kat tembok tuh.

So tadi kami dah bagitau. Terpulang pada diorang pulak macamana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 08:49 AM | Show all posts
boleh gak tu...tapi bagi ler akak dgn cik abang bernafas dulu...loan gomen pun lum guna lagi nih ...
AnisSuraya Post at 31-7-2010 14:52


count me in...heheh...ye la, pasti meriah geng ina...
(padahal tanah kat kg tak abih byr lagi...gatal pulak nak cari tanah kat selangor)
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:17 AM | Show all posts
2 orang ini kawan amat baik...mereka antara staf glamour UIA. Berkawan dari zaman Masters sampailah PhD, kedua-dua jadi Dr. Dr Rohani masa ini ada ruangan kaunseling dalam sebuah akhbar. Kedua-dua sentiasa berceramah di seluruh negara, dalam forum Ehwal Islam,tetamu jemputan semua stesen TV. Menjadi idola umat Islam Malaysia. Banyak forum,mereka muncul bersama sebagai ahli panel.

Rapatnya kedua-dua staf UIA ini sehingga sama-sama membeli tanah di Gombak, ingin menjadi jiran seumur hidup.

Kusangka panas hingga ke petang.....Dr Mashitah sekarang dah jadi Timbalan Menteri. Dr Rohani sekarang dah jadi Profesor UIA, tapi kes sempadan mereka belum selesai....


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERMOHONAN DR MASHITAH DIPUTUSKAN HARI INI
Source: Berita Harian
Date: 17/09/2002
Page no.: 13
Byline: Anwar Hussin
KUALA LUMPUR, Isnin - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan esok bagi keputusan terhadap permohonan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) dan suaminya, Abdul Shakor Abu Bakar, bagi membatalkan saman yang mendakwa mereka menceroboh tanah milik jiran.
Dr Mashitah yang juga penceramah agama terkenal dan Abdul Shakor menghadapi saman daripada Ketua Jabatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya UIAM, Noraini Ahmad dan suaminya, Hussin Mohd Ali, atas dakwaan menceroboh lot tanah rumah mereka tanpa lesen atau kebenaran sejak 25 Februari 2000 hingga 8 Februari lalu, di Taman Harmonis, Gombak dekat sini.
Noraini dan Hussin sebagai plaintif menuntut ganti rugi am, termasuk ganti rugi kerosakan rumput mutiara yang dianggar bernilai RM5,000, wang RM10,000 sebagai kos untuk membaiki tembok pagar batu dan membaik pulih tanah yang dicerobohi.
Plaintif juga menuntut ganti rugi atas kesulitan, kegelisahan dan tekanan yang dihadapi mereka berhubung pencerobohan itu.
Plaintif diwakili peguam Chan Tse Yuen dan P E Shong, manakala defendan diwakili peguam Munir Abdullah.
Noraini dan Hussin adalah pemilik rumah di Lot 9917, Jalan Harmonis 1/1, Taman Harmonis, Batu 6, Jalan Gombak manakala Dr Mashitah dan Abdul Shakor adalah jiran mereka yang beralamat Lot 9918 di kawasan yang sama.
Plaintif mendakwa defendan menceroboh kawasan lot rumah mereka tanpa kebenaran dengan memagar sebahagian daripada kawasan lapang di situ.
Plaintif kemudian melalui peguam mereka membuat tindakan menghantar notis bertarikh 14 Januari 2002 dan 18 Januari 2002 bagi menuntut Dr Mashitah dan Abdul Shakor mengosong, membaik pulih dan menyerahkan kembali tanah yang dicerobohi itu.
Berikutan itu, defendan mengosongkan kawasan berkenaan dengan meroboh pagar besi yang dibuat sebelum ini.
Plaintif mendakwa defendan sekali lagi melakukan pencerobohan kerana menjalankan kerja pengosongan tanah yang dicerobohi tanpa notis serta membiarkan pekerja memasuki lot itu tanpa izin plaintif.
Plaintif juga mendakwa pekerja itu memijak dan menumpahkan bancuhan simen ke atas rumput jenis mutiaranya.
Defendan juga didakwa membiarkan tembok pagar batu di depan dan belakang rumah plaintif serta tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya untuk menutup lubang selepas kerja pengosongan dilakukan.
Bagaimanapun, defendan memohon mahkamah membatalkan permohonan itu mengikut Aturan 14 Kaedah 21 (1)(a)(b) dan (c) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.
Mengikut defendan, plaintif tidak mempunyai kuasa tindakan yang munasabah kerana ukuran yang muktamad dan terperinci terhadap lot tanah yang dipertikaikan belum dilakukan mengikut kehendak Seksyen 394 Akta Kanun Tanah Negara 1965.
Alasan permohonan mereka menyatakan hanya ukuran sempadan sementara yang dibuat dan tindakan yang diambil berdasarkan ukuran itu adalah tidak muktamad dan tidak terperinci.
Defendan mendakwa, plaintif memulakan tindakan saman dengan menggunakan perkataan yang berunsur fitnah dan aib dalam penyata tuntutan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:45 AM | Show all posts
boleh gak tu...tapi bagi ler akak dgn cik abang bernafas dulu...loan gomen pun lum guna lagi nih ...
AnisSuraya Post at 31-7-2010 14:52



    nanti jumpa yang terbaik... kita bincang2..
senang buat TT kat kebun sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:50 AM | Show all posts
kes sempadan Dr mashitah tue bukan ke dah settle luar mahkamah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:51 AM | Show all posts
BERITA
Rabu Julai 12, 2006
Kes Dr Mashitah disaman Dr Noraini selesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR:  Setelah empat tahun, akhirnya kes saman oleh pakar motivasi Dr Noraini Ahmad terhadap Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim selesai apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Peguam Chan Tse Yuen yang mewakili Noraini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Noraini bersetuju untuk menyelesaikan kes saman berhubung dakwaan menceroboh lot tanah itu di luar mahkamah dan memohon kepada mahkamah untuk menarik balik rayuan kes itu tanpa kos.

Hakim Datuk Md Raus Sharif yang mendengar kes itu membenarkan permohonan Noraini untuk menarik balik rayuan kes saman terhadap Mashitah itu tanpa kos.

Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar rayuan kes saman Noraini terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 8 Nov 2004, yang memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen tiada bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes saman itu kerana ia melibatkan harta milik tidak alih yang hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Noraini dan juga Mashitah tidak hadir di mahkamah hari ini.

Pada 19 Okt 2004, peguam Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Mashitah mengemukakan bantahan awal di Mahkamah Sesyen dengan mendakwa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu kerana ia berkaitan harta tak alih yang hak milik sempadan tanah boleh dipertikaikan.

Pada 30 April 2002, Noraini dan suaminya, Hussin Mohd Ali, mengemukakan saman terhadap Mashitah, 42, dan suaminya Abdul Shukor Abu Bakar, 49, atas dakwaan menceroboh lot tanah hak milik mereka di Taman Harmonis, Gombak, di sini.

Dalam saman itu, Noraini dan Hussin, masing-masing berusia 47 tahun mendakwa Mashitah dan suaminya telah melakukan pencerobohan di lot tanah rumah mereka yang didiami mereka tanpa lesen atau kebenaran sejak 25 Feb 2000 hingga 8 Feb 2002.

Noraini dan Hussin mendakwa pekerja-pekerja Mashitah dikatakan telah merosakkan rumput mutiara yang ditanam mereka setelah berlaku tumpahan simen ketika kerja pengosongan dijalankan pada 26 Jan 2002.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi kerosakan rumput mutiara yang dianggarkan RM5,000, bayaran balik wang RM10,000 atas perbelanjaan membaiki tembok pagar dan membaik pulih tanah yang didakwa diceroboh.

Mashitah dalam pernyataan pembelaannya mendakwa bahawa Noraini dan suaminya tiada bukti bahawa sempadan kecil berkeluasan 3 kaki x 125 (tanah yang didakwa diceroboh) adalah milik Noraini dan Hussin kerana ukuran muktamad dan terperinci seperti mana bawah Seksyen 396 Kanun Tanah Negara 1965 belum dilakukan.

Mashitah mendakwa lot tanah tersebut juga masih di bawah hak milik sementara dan selagi tiada pengukuran dibuat, beliau tidak akan melepaskan hak ke atas lot tanah yang dipertikaikan itu.

Sementara itu Chan, ketika ditemui wartawan selepas prosiding berkata beliau mendapat arahan untuk menarik balik kes tersebut daripada Noraini semalam.

"Mereka (Noraini dan Mashitah) telah bersetuju secara sukarela untuk menyelesaikan kes ini. Semua masalah dan perselisihan faham telah selesai," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:55 AM | Show all posts
2 orang ini kawan amat baik...mereka antara staf glamour UIA. Berkawan dari zaman Masters sampailah  ...
tokpah Post at 2-8-2010 09:17 AM


Kes ini boleh selesai dengan baik jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan berbincang dengan baik sebelum melakukan sesuatu tindakan...Sanggup putus saudara (sesama islam) sanggup putus persahabatan hanya kerana tanah sekangkang kera...apabila dipanggil menghadapNya nanti...rumput mutiara...tanah sempadan yang menjadi rebutan itu semuanya akan ditinggalkan di dunia ini...apabila masing2 tidak mahu kalah dengan kedudukan yang sedia ada...apabila perasaan iri hati hasad dengki menguasai diri..syaitan bertepuk bersorak kegembiraan...maka musnahlah ikatan persahabatan yang termeterai sekian lama...hanya kerana tanah sempadan....

sekadar pandangan dari insan yang selalu mengikuti ceramah diaorang berdua dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:10 PM | Show all posts
fuyoooo....sempadan ada DUA pagar ???  ada gap antara pagar? yang abang awak buat menghada ...
tecito Post at 30-7-2010 14:24 [url=http://mforum2.cari.com.my/redirect.php?
goto=findpost&pid=39705553&ptid=496942][/url]


Lawak betullah jiran macamnih!!  Berkira nak mampus gila viva punya orang!

Orang nak bagi cun sama2 takmo...budus!

Ker dengki?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:34 PM | Show all posts
aku kategori A. Malas nak fikir. Kita tak tahu orang tu ada ke tidak duit. Duit kita citaraasa kita. Jiran sebelah kiri takada, aku plaster dan cat putih. Jiran sebelah kanan aku buat benda yang sama juga. Aku tak guna pun tembok dia sebab kontraktor cakap dindingnya tak kukuh yang aku geram kat dapur dia sambung sampai longkang dah lah tak plaster dan cat bila pandang macam rumah setinggan!:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 07:41 PM | Show all posts
Sedihnya rasa bila dpt tau mereka berdua nie sanggup ke bawa kes ke mahkamah just bcoz of "tanah" itu {:1_146:}. Kawan kini lawan...

Seeloknya setiap permasalahan di bawa berbincang secara elok sesama jiran sebelah menyebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 11:20 PM | Show all posts
Lawak betullah jiran macamnih!!  Berkira nak mampus gila viva punya orang!

Orang nak bagi cu ...
meya Post at 2-8-2010 12:10


mmg ya bknnya nk buat baik pd jiran
aku ni nk buat tembok x dak duit jiran seblh rmh aku mmg x buat sbb dulu dia ada ckp pyh anak2 nk berkwn,yg kelakarnya anak aku dgn ank dia main ikut tembok jela no hal pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 11:48 PM | Show all posts
Yg saya tak faham kenapa ada yang sanggup biarkan dinding tak berplaster??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 09:13 AM | Show all posts
Reply 75# meya


    memang ade org mcm ni..sabo je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 1.502360 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list