CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1245|Reply: 3

Edisi Selangor: Ambil Alih Projek Terbengkalai

[Copy link]
Post time 24-7-2010 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan negeri Selangor telah bertindak mengambil alih tiga projek di bawah perancangan pembangunan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah kontraktor yang diberikan tender gagal melakukannya.

Kontraktor berkenaan adalah Khidmat Makmur Sdn. Bhd. gagal menyelesaikan tiga projek yang bernilai hampir RM3 juta ringgit. Projek-projek berkenaan ialah pembinaan 120 rumah pekerja MBSA yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta yang tidak pun dimulakan langsung, kondominium Sri Putra bernilai RM1 juta pula hanya 60 peratus siap dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium itu yang belum lagi dibangunkan langsung.

Maklumat berkenaan diumumkan oleh ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh pembeli yang terpaksa membayar sewa beli bagi rumah-rumah dan kondominium tersebut yang dikatakan sudah menghampir 14 tahun lamanya.

Projek-projek itu yang diberikan kepada kontraktor pemaju itu semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dikatakan diberikan secara rundingan langsung. Khalid mendakwa bahawa kontraktor itu adalah seorang pemimpin kanan Umno negeri.

Pada masa yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof telah mendedahkan bahawa pemaju turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif dan cadangan itu tidak pernah dibawa ke dalam perbincangan dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun. Azli juga adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

Azli juga mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak pun menyiasat skandal tersebut.

Sambil menyindir, Azli amat hairan jika ada saja dakwaan yang melibatkan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat (PR), SPRM akan bersungguh-sungguh akan membuka kertas siasatan

******************************

-kl today-

Syukurlah kesulitan mereka semenjak berbelas tahun lepas itu akhirnya didengari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 09:01 PM | Show all posts
tu dia aihhhh. Kroni ropanya

depa lupa nak siasat kut
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 10:52 PM | Show all posts
...dan parti ameno lahanat tu ada memasang cita-cita untuk merampas kembali selangor....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 12:23 AM | Show all posts
pasnie ada laa yg bertempik, melayu tertekan sebab tak dapat nak sambung projek itew....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.488887 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list