CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3658|Reply: 41

Edisi Sembab: Pembangkang Hanya Pandai Berjanji - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 24-7-2010 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.

“Ini satu keadaan yang begitu teruk. Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.

“Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua…dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.

“Apakah boleh yakin dan percaya kepada pemimpin seperti ini. Setiap hari mereka pergi ke seluruh pelusuk negara mencaci hamun dan membuat pembohongan kepada kerajaan.

“Saya mahu supaya rakyat sedar, jangan rosakan masa depan dengan mempercayai tohmahan, tuduhan yang dibuat sedangkan mereka sendiri tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan dan gagal untuk menguruskan kerajaan dan tak mampu tunai apa yang dijanjikan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang di mana mereka dituntut supaya lebih bijak dalam menilai sumbangan dan perjuangan yang kerajaan BN laksanakan menerusi Umno dan parti komponen lain.

Katanya kerajaan BN dan Umno juga sudah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sudah berubah dan mula perbaiki kekurangan lampau, contohnya pelaksanaan Program Juara Rakyat di mana pemimpin tanpa mengira kedudukan kini turun ke bawah bagi mendekati dan memahami permasalahan rakyat.

Beliau berkata setelah menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji-janji indah dan gagal pula dalam melaksanakannya, pembangkang mula membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan antaranya menuduh kerajaan BN sebagai kerajaan perkauman.

“Tetapi macam mana nak kata kerajaan BN perkauman kerana di dalamnya ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan pelbagai lagi, sedangkan kerajaan mereka tak ada semua itu,” katanya.

Pada program itu Muhyiddin turut meluluskan peruntukan RM5 juta kepada pangsapuri Taman Melati di Wangsa Maju yang menempatkan kira-kira 10,000 penghuni bagi tujuan menaik taraf bangunan seperti mengecat dan menukar bumbung.

***************************

-bernama-

Aku setuju dengan kata-kata wak din ni. "embangkang di Selangor" ni memang hanya pandai berjanji pun...

Juara rakyat ke hulu, juara rakyat ke hilir. Tapi sesama geng UMNO pun nak bergaduh... Khir toyo dengan noh omar, kan tak bagus tu...

BTW, wak din ni luluskan 5 juta tu pakai duit mana? Duit kementerian pelajaran ke? Setahu aku yang senang-senang boleh kasi release duit ni samada menteri besar atau menteri kewangan malaysia aje...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 08:52 PM | Show all posts
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang, terutamanya di Selangor,  ...
juwaini Post at 24-7-2010 20:48



    jap juw.. aku konfius nih... konfius sesangat.... dia nak luluskan 5 juta untuk mengecat dan baiki rumah flat wangsa maju.....??? bukan cat dan baiki rumah dah memang dijalankan oleh DBKL kaa dari beberapa tahun lepas ikut peringkat... yg baru settle di taman melati tuh...

dia nak kencing balaci umngok bertaraf lembu bleh la.. luluskan 5 juta kuhnunn...... padahal planinng DBKl dah bearpa tahun dah...

akhir kata... janji tak tipu... I Help U, U Help Me....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:53 PM | Show all posts
dan nak tanya menifesto umngok BN dah ada progress tak... satu pun tak jalan, lagi nak kencing rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:53 PM | Show all posts
Reply 1# juwaini


5jota untuk mengecat dan menukaq bumbung

kan elok diberi terus pada penduduk ada gak guna
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:54 PM | Show all posts
umngok tak pernah memungkiri janji.. tak pernah menipu rakyat.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 08:58 PM | Show all posts
Reply 5# totokreturn


bukankah rakyat didahulukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2010 09:02 PM | Show all posts
umngok tak pernah memungkiri janji.. tak pernah menipu rakyat.....
totokreturn Post at 24-7-2010 20:54



    betoila tu... mana plak dia tipu rakyat... kan minyak naik sebelum pilihanraya..

akal pembangkang leh dibaca...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:07 PM | Show all posts
betoila tu... mana plak dia tipu rakyat... kan minyak naik sebelum pilihanraya..

akal  ...
moskau12 Post at 24-7-2010 21:02



    haah aa.. betul lah tuh, minyak naik sebelum PRU13, kalau lepas PRu 13, minyak tak naik lagi lepas PRU, PRU14 plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 09:07 PM | Show all posts
Reply  totokreturn


bukankah rakyat didahulukan
luce Post at 24-7-2010 20:58



    baca la signature saya... rakyat didungukan, rosmah diutamakan laa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:09 PM | Show all posts
haah aa.. betul lah tuh, minyak naik sebelum PRU13, kalau lepas PRu 13, minyak tak naik la ...
totokreturn Post at 24-7-2010 21:07



    bukan naik sebenarnya... penyelarasan untuk mengelakkan malaysia bangkrap seksok..  sebab tu pemimpin2 kita nak rakyat berjimat cermat.. pemimpin kasta laennnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:10 PM | Show all posts
Reply 9# totokreturn




......................
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:12 PM | Show all posts
umngok tak pernah memungkiri janji.. tak pernah menipu rakyat.....
totokreturn Post at 24-7-2010 20:54



Huwaaaa... ini bagus punya iklan nie.. harus dibikin frame...   
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:13 PM | Show all posts
nak tersembur air aku minum baca ko tulis edisi sembap
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 09:42 PM | Show all posts
edisi kencing bila nak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 10:05 PM | Show all posts
UMCO hanya pandai menipu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 10:09 PM | Show all posts
jap juw.. aku konfius nih... konfius sesangat.... dia nak luluskan 5 juta untuk mengecat d ...
totokreturn Post at 24-7-2010 20:52


kenapa lah penduduk flat ni asyik senang kena tipooo je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 11:54 PM | Show all posts
kenapa lah penduduk flat ni asyik senang kena tipooo je....
freebird Post at 24-7-2010 22:09



    pemimpu penipu umngok nih amat2 menyukai orang2 meskin dan kampung, dan umngok amat suka jika mereka2 nih trus hidup meskin sebab orang meskin nih mudah dibeli walaupun dgn janji penipu umngok dulu, kini dan selamanya dan dapat beras sekampit......hehee
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:56 PM | Show all posts
so, apa motif thread nih??
nak bagitau "gua teruk, tapi diorang lagi teruk tau"

camtu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:57 PM | Show all posts
edisi kencing bila nak kuar
BlueHand Post at 24-7-2010 21:42



    tak cukup ker kena knecing petrol tak naik... ditambah lagik kencing repair bumbung bukit sentosa.... i help u, u help me laa....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:58 PM | Show all posts
pemimpu penipu umngok nih amat2 menyukai orang2 meskin dan kampung, dan umngok amat suka j ...

totokreturn Post at 24-7-2010 23:54


...janji ganti atap, beres dapat undi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076337 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list