CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 15

Edisi PERKASA: PERKASA Mencuri Identiti?

[Copy link]
Post time 23-7-2010 07:15 PM | Show all posts |Read mode
OLAK LEMPIT (Selangor): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menimbulkan kekecuhan di kalangan parti Umno, kini berdepan pula dengan satu lagi kumpulan yang tidak diduga, Orang Asli.

Dewi Malam, wakil Tok Batin dari Kampung Orang Asli di Pulau Kempas berkata NGO Melayu itu telah “merompak” identiti mereka dengan menggunakan perkataan “pribumi” pada singkatan nama pertubuhan itu.

Perkasa, bermatlamat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah ditubuhkan dan diterajui oleh pemimpin bersuara lantang, Ibrahim Ali, bagaimanapun mempertahankan penggunaan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

“Tetapi pribumi bermakna orang asal, bermaksud merekalah yang pertama memiliki tanah di Semenanjung ini.  Pribumi bermakna mereka tidak perlu membayar atas tanah mereka kerana mereka adalah pemilik tanah.

“Itulah apa yang dimaksudkan dengan pribumi, dia adalah tuan, dia adalah sultan dan dia adalah raja,” kata Dewi.

Dan Perkasa tidak mempunyai hak eksklusif terhadap pribumi katanya, kerana ianya berbeza dengan perkataan “bumiputera”, istilah yang dicipta oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Perkasa tidak boleh mendakwa mereka sendiri adalah pribumi.  Ia sepatutnya digugurkan dari nama singkatan mereka.  Mereka hanya boleh mendakwa mereka adalah bumiputera,” katanya.

Kami telah hilang identiti ‘Melayu’

Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.

“Tetapi sub-etnik ini telah dipinggirkan dan tidak pernah diiktiraf tetapi mereka yang berasal dari Banjar atau Jawa diiktiraf sebagai Melayu.  Apa yang tinggal kepada mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali sejarah,” kata Dewi.

“Sekarang ini Temuan terutamanya, dikategorikan sebagai Sakai, satu lagi puak pribumi yang kadangkala merupakan satu penghinaan apabila disebut perkataan itu.

“Jadi apabila identiti Melayu kami hilang dan malah disebut sebagai Orang Asli, kesemua hak kami telah diambil termasuk tanah nenek moyang kami.

Malahan orang-orang Melayu, di mana identiti mereka boleh dipersoalkan, merompak hak kami.  Macam mana kami nak kata mereka adalah orang Melayu?” soal Dewi.

Dan apa yang orang tidak sedar ialah perkataan “Melayu” itu berasal dari bahasa Temuan, yang bermaksud “orang-orang yang bekerja”, katanya.

*******************************

-free malaysia today-

Apa lagi yang ori pada bangsa Melayu ni? Nama Melayu tu sendiri pun curi dari bahasa Temuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 07:24 PM | Show all posts
Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.

juwaini Post at 23-7-2010 19:15


Hahaa. Jangan harapla.

Orang asli tak pernah ada kaitan dengan bangsa melayu.

Bangsa melayu semenanjung berasal dari gabungan 2 bangsa iaitu Austronesia dan suku kaum berbahasa sanskrit yang berhijrah dari asia tengah/utara india  beribu tahun dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 07:58 PM | Show all posts
melayu=berlari

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 08:06 PM | Show all posts
Bangsa Melayu & Dayak berasal dari Sarawak. Bangsa Orang Asli berasal dari Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:39 PM | Show all posts
ni masalah keturunan ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:46 PM | Show all posts
dalam sanskit , melaya = gunung
orang melayu.malaya = orang gunung

tapi mmg kalo 'melayu asli' adalah orang suku temuan etc la.. lalu terbentuk kerajaan kedah tua ...sblm pencerobohan orang sumatra dan jawa kat malaya nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2010 10:46 PM | Show all posts
dalam sanskit , melaya = gunung
orang melayu.malaya = orang gunung

tapi mmg kalo 'melayu asli' adalah orang suku temuan etc la.. lalu terbentuk kerajaan kedah tua ...sblm pencerobohan orang sumatra dan jawa kat malaya nih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:52 PM | Show all posts
its very complicated about race history
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2010 01:07 AM | Show all posts
semua tak sedar diri nak mengaku tuan.......


nie semua pinjam Allah punya tau... dah laa tak bersyukur, takbur pulak tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 11:28 PM | Show all posts
nampaknya orang asli aje dah mula lebih cerdik dari makcik2 felda yang terus didungukan  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 04:38 PM | Show all posts
Reply 10# pyropura

orang asli mula lebih cerdik dalam bidang apa ? Buat cerita dongeng ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 05:06 PM | Show all posts
maknanya ....jika org melayu yang nak menyelesaikan masalah negara mestilah telebih dahulu berjumpa dgan tok batin la??????????

ahak kpla bapak street lu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 05:50 PM | Show all posts
Reply 12# amelya


   
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 06:00 PM | Show all posts
Reply  pyropura

orang asli mula lebih cerdik dalam bidang apa ? Buat cerita dongeng ?
BotakChinPeng Post at 25-7-2010 16:38



    argh..nampak sangat ada segelintir antara kita sudah terkena revolusi mental.

sikap daerah yang di tunjukkan menampakkan sangat mereka tidak mempuyai standet aliran pimikiran yg relevan.

memang betulla kata che det...melayu dalam di lema.

ahak..tok batin pula di angkatnya.buat kelakar jer!!!!

prfffffght,,....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 06:07 PM | Show all posts
orang melayu yg sebenarnye asal dari jerman
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 06:16 PM | Show all posts
orang melayu yg sebenarnye asal dari jerman
vieri32 Post at 25-7-2010 18:07



    kemajuan melayu bukan diukur  dari dia datang dari mana..lantak dia la kalau ada porummer kata datang dari planet marikh sekali pun.

apa yang pengting dalam membagunkan negara ...adalah tidak tepat kalau di waktu ini ..ORANG ASLI dikatakan lebih peribumi dari perkasa.ahak...kalau peribumi sekali pun...bukannya selama ini kerajaan tak ambik tahu tengtang mereka.kerajaan dah banyak memperutukkan dana bagi menjaminkan keselesaan pada org asli.apakah tok batin masih tak puas hati ataupun sesajer balaci wat speku???

ahak..akai balaci mudah di takrif...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064847 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list