|
View: 1460|Reply: 11
|
'Saya Mike, bukan Tyson'
[Copy link]
|
|
|
SESIAPA yang mengenali dengan rapat karakter Mike Tyson sebelum inipasti terkejut dengan perubahan yang dialami bekas juara heavyweightdunia itu.

Jika sebelum ini, Tyson lebih dikenali dengan sikap panasbarannya, dia kini lebih tenang, merendah diri dan lembut daripadakebiasaannya.
Siapa sangka juga baru-baru ini Tyson sanggup beratur panjang di Mark& Spencer untuk membeli sandwic ketika waktu makan tengah hari diPeterborough, England.
Kenapa Peterborough? Itulah yang menjadi persoalan ramai warga pekan Cambridgeshire minggu lalu.
Tyson kini memiliki perwatakan berbeza. Dia agak kurus, lebih suka makan sayur-sayuran dan merendah diri.
Dia lebih taat menunaikan sembahyang lima waktu. Dia asalnya memelukagama Islan ketika berada dalam penjara pada awal 1990-an dan tiba diPeterborough dari Makkah, menerusi Milan.
AkhbarPeterborough Evening Telegraph memaparkan gambar bekas juaraheavyweight dunia berusia 44 tahun itu di muka depan - mengetahui diaberada di pekan itu bagi menjayakan rancangannya: 'Sepetang BersamaMike Tyson.'
Dia tampil dengan menyarung jersi PeterboroughUnited pada hari pertama ketibaannya, berarak di padang pada babakpertama perlawanan persahabatan menentang West Ham, kemudian menyertaipenggemar burung merpati hari berikutnya, bersenam setiap pagi diSmashdown Gym dan makan lewat malam di restoran sayur-sayuran, TheBombay Brasserie.
“Mike Tyson dan rombongannya seramai 12orang sampai, mereka duduk di meja nombor 24,” jelas pemilik restoranitu, Rony Choudhury penuh bangga.
“Saya letakkan mereka jauh daripada pelanggan lain. Ia satu kejutan. Tapi dia amat pendiam, merendah diri.”
Apabila Tyson meninggalkan restoran itu, paparazzi Peterborough tiba. 'Lelaki Paling Jahat di Planet' ditemui kembali.
'Mike' berjaya mengagumkan ramai lebih daripada 1,000 orang yangmembayar £50 (RM245) untuk mendengar celotehnya, hampir keseluruhannyabercakap mengenai dirinya sekarang bukannya karier peninju itu dan £50lagi untuk bergambar dengannya. Penonton itu, yang diketuai pengulastinju, Steve Bunce, terpegun dengan kejujuran Tyson menilai semuladirinya.
Tyson memiliki ego yang amat tinggi, sesuatu yangwajib bagi seorang peninju sepertinya, dan kurang harga diri.Kebanyakan peminat di sekitarnya mengingatkannya mengenai kegemilanganlalunya, namun pujian mereka mengganggu jiwanya.
Egonya semakin berkurangan dan maruah dirinya makin bertambah baik.
“Ada satu 'Mike' dan satu lagi 'Tyson',” jelasnya. “Tyson adalah orang lain. Saya Mike sekarang.”
Dia berkata Tyson yang melakukan insiden menggigit telinga EvanderHolyfield, namun adakah dia menyesal? “Saya tidak menyesal. Adalah satupembohongan jika saya berkata saya menyesal.
“Saya dilahirkan dalam huru-hara. Saya mencari kedamaian.”
Tyson baru-baru ini kembali ke Brownsville, Brooklyn, kawasan tempatnyadibesarkan, dipenuhi pencuri dan samseng jalanan. Dia kembali ke blokkediamannya.
“Ia adalah sebuah jalan yang dipenuhi jenayahketika saya membesar di sana tapi apabila saya kembali, ada ramai kaumkulit putih tinggal di sana. Ia amat menarik. Ia kelihatan sepertisepanjang kehidupan saya di sana bagaikan satu pembohongan.”
Jadi apa kenangan malam-malam indah di gelanggang tinju? “Saya tidaksaksikan pertarungan lama saya. Saya ingat separuh daripadanya. Ia agakpelik, tapi ia adalah satu era yang gila. Ia hanya mengenai kemenangan.Saya tidak akan bertinju lagi. Saya seorang pencinta kedamaian sekarang.
“Saya masih sukakan pertarungan menarik. Klitschko (adik-beradikVitaliy dan Wladimir) mendominasi tapi mereka tidak menarik. Menarikadalah sesuatu yang dimahukan peminat daripada pertarungan heavyweight.”
Jadi adakah dia sudah menemui kedamaian? “Tidak mungkin saya bolehberkata, 'Ya, saya memiliki kedamaian. Saya seorang Muslim yang taat,saya dipenuhi kejahatan sebelum ini. Saya mahu memperbaiki setiapkesalahan lalu dengan amal kebaikan.”
HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama Islam dia Mike bin Abdullah jer ke? Kenapa tak Mike Tyson bin Abdullah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# newzahari
Muka Mike Abdullah nampak lebih tenang selepas dia masuk Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah ler..tak tau nama islam dia ape...pape pon..alhamdulillah la kalau dia menunjukkan perubahan yang baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. dah bertemu hidayah n petunjuk hidup yg sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenape die masih tak buang tatoo tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Malik Abdul Aziz la nama islam die.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, seorang lagi manusia telah mendapat hidayah. Semoga Allah memberkati mike dan mengekalkan dia sentiasa dalam iman dan amal.
'muslim'2 yg dilahirkan 'Islam' tapi berkelakuan xde beza dgn non-muslim, seeloknya ambil iktibar dari mike. bukan senang mndapat petunjuk, tp majoriti yg dilahirkn Islam, 'membuang' petunjuk dan mnjalani cara hidup yg sama je dgn non-muslim. x malu ke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# Maideen.
ya betul tu maiden |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|