Post Last Edit by amandaatika at 21-9-2010 11:20
salam jumaat...
aku pun mau meriahkan room ni...
“Chak!” Terkejut Umairah dengan sergahan yang tiba-tiba itu. Walaupun terkejut, tapi dia tetap tidak mengangkat kepalanya. Masih meneruskan kerjanya. Satu-persatu manik-manik kecil dimasukkan ke jarum, lalu dijahit ke lengan baju yang berada di pangkuannya.Seolah-olah suara yang menyapa tadi tidak sampai ke gegendang telinganya. Apa tidaknya, dia memang sudah kenal dengan suara yang nak main hide and seek dengan dia. Buat apa nak angkat kepala kalau memang dah tahu yang empunya diri. “Kau ni, buat malu aku saja. At least, buat-buatlah muka terkejutkah, terujakah. Atau sekurang-kurangnya, angkatlah kepala kau. Tengok siapa yang datang. Ini tidak,nak juga dia buat muka kartun macam tu. Tanpa perasaan. Boring tahu...” Umairah hanya buat tak dengar. Panjang pula bebelan makcik ni. Sepatutnya aku yang kena bising sebab dia dah ganggu ketenteraman aku. Ni terbalik pula, makcik ni pula angin. Mesti masa dia lunch tadi dia singgah makan angin, sebab tu angin dia mereng sikit. “Mai...” panjang rengekan Salbiah atau nama glamournya Baby. Geli tekak Umairah nak panggil Baby. Selalu dia panggil Biah saja. Kadang-kadang kalau geram, dia sebut Mak Biah. “Kau ni kenapa? Sepatutnya kalau masuk mana-mana pintu kena bagi salam dulukan? Atau sekurang-kurangnya,ketuklah pintu. Kau ni, entah ajaran dari mana kau dapat, masuk saja sebut,chak! Ingat kau masuk gua macam Ali Baba ke? Siap nak password bagai. Bagilah malaikat masuk dengan kau sekali dalam kedai ni. Lebih berkat.” Tu dia, kalau dah keluar, memang kena tembaklah orang yang cuba cucuk jarum tadi. sekali kena,berdas-das pula tu. Memang peritlah telinga kalau sudah dengar Cik Umairah ni berceramah. Percuma! “Kau ni, aku nak bawakau bergurau kejap pun tak boleh. Kau tu, serius saja memanjang. Cubalah ceria-ceriakan hidup sikit. Kau jangan risau, tadi aku melangkah masuk guna kaki kanan dan dimulakan dengan nama Allah. InsyaAllah, berkatlah rezeki aku untuk hari ini. Aku pun nak dapat bless from Him,” jelas Salbiah sambil tersengih. Terlakar lesung pipit di pipi kirinya. Single saja. Keadaan senyap seketika. Umairah masih setia menanam manik-manik kecil menjadi labuci menggunakan jarum. Salbiah pula senyap memandang. Memang tangan subur minah ni.Cantik saja dia tanam semua manik-manik tu membentuk corak yang menarik. Memang tidak sia-sia dia turun padang sekali-sekala. Patutnya berhenti terus jadi peguam dan curahkan bakti di sini. Pasti akan ramai yang menjadi pelanggan datang. Masa tu, Bonda pasti akan lebih gembira dan kami akan dapat bonus banyak sikit. Hehe... panjang pula aku merepek ni. Salbiah meraup mukanya. Kemudian matanya memandang kawasan sekitar butik. |